Wednesday, February 23, 2011

Betulkah Tinted Gelap Lebih Panas?

Baru-baru ni JPJ seluruh negeri ada buat road block untuk kesan kenderaan yang menggunakan tinted gelap. Sebut jer pasal tinted, baru-baru ni aku ada terbaca komen dekat internet, lupa pulak laman web nya. Antara komen nya ada menyebut bahawa kenderaan yang tinted gelap ni lebih panas berbanding kenderaan yang tak tinted. Ramai yang agree. Tapi sekali aku baca aku dah tergelak besar. Reader yang komen tu nak berlagak pandai tapi tak jadi. Ada ker dia cakap kenderaan yang tinted gelap lebih panas? Dimana logic nya? Berdasarkan apa yang aku balajar, reader tu tersalah guna konsep serapan haba.

Biar aku jelaskan. Warna gelap dari segi kadar serapan haba lebih tinggi daripada warna putih (cermin). So, haba dari matahari akan diserap oleh tinted gelap. Maknanya, haba dihalang daripada sampai ke permukaan dalam kereta seperti dashboard. Bila haba tidak sampai ke permukaan alam kereta, maka keadaan suhu dalam kereta kurang panas sebab kepanasan telah diserap oleh tinted gelap...Jadi yang panas adalah permukaan cermin kereta, bukan keadaan dalam kereta. Berbanding kereta yang tidak ditinted gelap, haba dari matahari akan sampai ke permukaan dalam kereta secara terus / direct tanpa dihalang oleh cermin (tak ditinted). Jadi haba akan diserap oleh permukaan dalam kereta menyebabkan suhu dalam kereta panas. Cuba korang letak kereta tanpa tinted dan kereta yang tinted gelap kat tengah panas, then lepas sepuluh minit, try masuk dalam kedua-dua kereta tersebut. Korang akan dapati suhu dalam kereta yang ditinted kurang panas berbanding kereta yang tak ditinted. Itu lah konsep yang sebenarnya. Yang reader tu tulis, pasal haba yang diserap oleh cermin. Hallo...kita orang bukan nak duduk atas cermin kereta, tapi dalam kereta lah...Apalah punya reader, tak belajar ker? ni mesti tak lulus sains ni....Nak kata tak lulus  tu melampau sangat, mgkn tak dapat A ni.

Tujuan kenderaan ditinted gelap adalah untuk menambahkan tempoh masa haba sampai ke permukaan dalam kereta, supaya suhu dalam kereta lambat panas. Konsepnya sama dengan lapisan ozon bumi. Lapisan ozon menyerap sebahagian besar haba dan sinar UV. Kalau ozon tak ada, maka hidupan akan mati kepanasan. Begitu juga dengan tinted gelap. So, sekarang harap dah clear....

Manusia dan minat, Giler Ker?

Lama daa aku  tak menaip ni. Cuti panjang baru ni, game punya pasal. Waduhhh, asyik kalah jer. Memang frust giler. Da banyak kali monitor pc aku tumbuk, dah lebam-lebam penumbuk aku ni. Geram punyer pasal. Payah betul lar map baru nie. Dah berbuih mulut aku ni kutuk heroes lain. Diorang main tipu ker ape. Ha, apa macam, mungkin korang cakap aku giler kan. Tak kisah lah korang nak cakap apa pun. Manusia bila deal dengan minat memang begitu. Bila aku cakap minat ni, memang betul-betul perkara yang korang suka buat. Kalau tak buat dalam masa satu hari, memang korang akan rasa hidup korang tak lengkap. Dengan kata lain benda tu sebahagian daripada hidup korang....

Manusia ni memang pelik dan ada minat tersendiri. Bila seseorang suka buat suatu perkara, dia akan buat  betul-betul. Tak kira lah apa yang orang  nak kata, janji satisfy. Orang lain tidak ada hak untuk judge sama ada mereka ni siuman atau tidak. Dah minat nya begitu, biarkan lah. Janji tidak ganggu hidup orang lain. Kalau korang kata orang yang begitu memang tak siuman, korang pulak macam mana? Tak ker sama. Tak kan korang tak ada minat kot. Kalau ada lar orang yang macam ni, tak tahu nak kata lar aku. Mungkin bukan manusia kot.

Cuba korang renungkan, orang yang minat bola, sanggup berjaga sampai pukul 6 pagi semata-mata nak tengok perlawanan bola. Ramai yang sanggup tinggalkan study walaupun esok ada exam. Kalau kat sekolah, sanggup lompat pagar asrama dan kena denda. Nak buang air pun sanggup tahan kalau dalam masa kecederaan. Padahal tak ada faedah pun, duduk tengok orang tendang bola jer pun. Kejap-kejap menjerit 'Goal'...Tak tentu pasal jer menjerit, tak ke giler tu. Cuba tengok kawan korang yang suka main game @ hantu game. Sanggup tak makan semata-mata nak main game. Tak tidur sampai 2, 3 hari pun ada. Tiap-tiap jam mengadap pc main game. Nasib baik biji mata tu tak boleh terkeluar. Game pun nak main, macam tak ada kerja lain ke nak buat. Sama je macam budak-budak. Nanti lepas main, makan je game tu. Amboi, sedap nyer mulut korang cakap. Aku ni hantu game jugak tau.....Ada jenis yang memang ulat buku pulak, hari-hari baca novel. Dah lar ayat dia berbelit-belit, tebal pulak tu. Dua tiga kali  baca baryu paham satu perenggan. Tu baru satu perenggan, bukan satu muka surat. Ada yang sampai 400 muka surat pun dia sanggup baca. Tak ker pelik,setakat baca novel jer, bukan kenyang pun. Lain lah kalau makan ayam goreng. Sanggup bersengkam mata untuk habiskan novel yang dibaca, sampai mata pun jadi bengkak. Apa ke hal nyer sis? Giler ke apa?

Dah, aku tanya korang pulak. Apa korang suka buat / minat? kalau ada yang jawab memasak. Ha, tak der kerja lain ker? Hari-hari masak, tak boring ker duduk depan kuali. Dah lar kuali tu hitam legam, rupa pun tak der. Harap telinga je ada, mulut, hidung dan mata ntah kemana. Nanti makan dengan kuali-kuali tu. Ha! macam mana? Kan sama jer tu. Walau apa pun kedudukan dan taraf korang, bila deal dengan minat ,korang tetap giler....

Duit VS Sayang

Post ni aku tulis khas berkenaan 2 benda alah kat atas tu....sebab ramai yang keliru dan tak tahu yang mana satu come first. So kat sini ada dua dilema, duit atau sayang yang lebih diutamakan. Dalam kedua-dua benda alah nie, tak ada satu pun yang come first. Dua-dua come first mengikut 'keadaan' dan mengikut 'ciri orang tersebut'.

Sekiranya korang tengok keadaan / situasi sekarang, taraf hidup makin tinggi, kerja makin susah(bagi yang kurang pandai), ekonomi negara tengah merudum, persaingan makin kuat. Dalam keadaan begini, duit lebih menjadi keutamaan. Mesti korang tanya kenapa kn? Aku teringat cerita kawan (perempuan) kat kampung aku. Dia ni orang miskin, sulong dan kerja sebagai tukang jahit. Perempuan ni ditakdirkan suka kat seorang pemuda ni, muka hensem tapi tak bekerja. Rupa perempuan ni pun cun dan lelaki pun terpikat. So bila perkataan lov tak lekang dari bibir, diorang pun kahwin. Dua tiga bulan pertama ok lagi, sebab perempuan tu ada kerja dan tak ada anak lagi. Masuk bulan ke 6, si isteri hamil,kerja pun jadi kurang. So income mula merosot. Mula lah timbul masalah kewangan sedikit demi sedikit. Masalah tu jadi ketara bila dah ada seorang anak. Dipendekkan cerita, sekarang ni semua perkataan sayang yang pernah diucapkan dulu, tak sanggup lagi singgah dibibir si isteri mahupun si suami. Masing-masing cuba salahkan pasangan. Si isteri salahkan suami sebab tak bekerja, si suami pulak salahkan isteri sebab cepat sangat beranak. Salah siapa sebenarnya? Dua-dua pun salah sebab pilihan utama adalah rupa. Diorang ingat dengan rupa yang hensem dan cun boleh buat diorang bahagia. Rupa-rupanya sekarang baru mereka sedar bahawa barang keperluan harian tak boleh  dibeli dengan rupa yang hensem atau cun. So dalam hal ni duit come first. Cuba kaji dulu kemampuan ekonomi korang sebelum buat pilihan. Memang ada sesetengah, yang tak setuju. Diorang kata semua ni nonsense (esp student yang masih dalm dilema cinta monyet). Memang lah nonsense sebab korang tak merasa lagi macam mana merana nya bila tak ada duit, susahnya nak dapat kerja dan letihnya bila dah bekerja. Apa tidak nya, duit belanja mak ayah yang bagi. Nanti bila korang kahwin atas sebab rupa, baru orang sedar sama ada benda ni nonsense atau non-sen. Mereka yang merupakan anak orang kaya yang tak ada masalah kewangan dikecualikan....Jadi kalau korang tahu yang korang ni memang famili yang miskin atau pendapatan sederhana, buatlah pilihan yang tepat. Cari pasangan yang at least ada kerjaya tetap. Duit no 1 dan sayang no 2. Ada duit, automatik sayang tu datang. Sebab sayang ni boleh dipupuk...

Macam mana pulak dengan ciri ciri orang.? Yang ni bagi yang berkenaan sahaja. Katakan korang ni dah ada kerjaya tetap, income pun boleh tahan. Nak kata kaya tu tak jugak, cukup untuk hidup senang. Masalahnya korang  kapel 5 6 kali tapi satu  pun tak melekat. Usha bagai nak rak, pun tak dapat juga pasangan yang setia dan ikhlas untuk sehidup semati. Orang yang seperti ini akan meletakkan sayang first, then baru duit. Sebab baginya duit tak ada masalah. Yang susahnya untuk cari pasangan hidup. So tak kisah lah pasangan tu ada kerja ataupun tidak, orang seperti ini lebih pentingkan perhatian daripada pasangan. Tapi kalau dapat pasangan yang juga bekerja, merupakan satu bonus buat orang seperti ini. Sayang dapat, ekonomi pun kukuh. 

Ada yang kata, kalau kahwin atas dasar duit, tak semestinya menjamin kebahagiaan. Aku akan cakap, kalau kahwin atas dasar sayang pun belum tentu juga bahagia. Aku ada banyak contoh kalau ada sesiapa yang masih lagi ragu dengan pendapat aku. halloo brader, korang bukan lagi hidup pada zaman batu. Masa tu barang beli dengan sistem barter. Sekarang dah zaman moden, duit ada, semua korang boleh dapat. Sayang pun boleh dibeli dengan duit. Kalau tak percaya, cuba korang bagi rantai emas kat pasangan korang. Mesti pasangan korang akan cakap 'sayang u'. Perempuan pula tak payah lar korang nak nafi kan benda ni. Cuba tengok kat badan korang tu, ada tak perhiasan emas? kalau ada yang menolak bila diberi emas, memang kurang siuman lar perempuan tu. Cari jer yang lain. Aku pun nak kalau orang nak bagi emas free. Mana ada dalam dunia ni orang yang sanggup bagi emas free kat orang yang tak dikenali kn. Sebenarnya bahagia ni akan datang dari sikap tolak ansur dan memahami antara pasangan. lepas kahwin, pandai-pandai lah korang cari cara macam mana nak kekal kan rumah tangga. Takkan tu pun nak aku bagitau kot....

Tuesday, February 22, 2011

Mana Satu Keutamaan Lelaki, Teman Atau Pasangan?

Bila sebut jer pasal perempuan, rata-rata akan cakap "aku lebih penting pakwe aku dari kawan"....well that's nice. Mari tengok apa kata lelaki. Kebanyakan lelaki lebih pentingkan kawan rapat daripada pasangan. Mesti ramai perempuan kat luar sana tertanya-tanya, kenapa lelaki fikir seperti tu. Padahal pasangan lah yang bakal sehidup semati dengan dia nanti...Mesti pelik bin ajaib kan. Well, untuk pengetahuan kaum wanita, satu benda yang tak ada pada wanita yang bergelar 'aweks' yang menyebabkan kaum lelaki lebih utamakan teman daripada anda. Iaitu 'comfortablity' atau keselesaan. Terlalu banyak perkara yang lelaki lebih selesa berkongsi dengan teman daripada pasangan nya. Ta kiralah sama ada teman nya tu lelaki atau perempuan. Yang penting teman tersebut satu kepala dengan lelaki. Contohnya perkara berkenaan masalah peribadi, masalah kerja, masalah dengan pasangan, masalah kewangan, kerja, bisnes, bola, lepak even cerita pasal perkara blue. Bila aku sebut je pasal blue, korang mesti fikir perkara lain kan. Tak payah lah korang fikir yang bukan-bukan pasal aku, sebab semua lelaki tidak boleh lari daripada benda alah ni even lelaki yang bertaraf 'Gay". Bab kata pepatah, macam isi dengan kuku memang tak boleh dipisah kan.

Mesti ada sesetengan wanita yang akan cakap, "thats not fair.! kenapa tak boleh berkongsi dengan saya sebagai makwe? tak ada makna jadi makwe kalau tak boleh kongsi masalah kan"  Well, girls cuba korang fikir sejenak.....aku bagi satu contoh yang mudah. Katakan tetiba pakwe korang nak cerita pasal benda blue. Maklumlah dah lama tak datang perangai gatal. Masa tu pakwe korang anggap korang macam kawan rapat dia. Jadi dia pun, dengan syok dan bernafsunya bercerita lah kat korang. So, apa korang akan fikir sebagai aweks lelaki tu. Eeee, gatal benor pakwe aku ni. Tak padan dengan sekolah agama. Nampak je baik,tapi tidak. Dan macam-macam lagi yang korang akan cakap, of course perkara yang tak elok pasal pakwe korang. Hello girls...! pakwe korang tu manusia jugak. Tak kira lah dia tu sekolah agama ke, bertaraf ustaz ker, imam ker, bilal ker, atau apa-apa lah yang korang nak cakap, yang penting semua manusia ada nafsu. Bila dah tau manusia ada nafsu, benda-benda macam tu dah tak boleh nak elak dah. Memang dah naluri lelaki begitu. Sebab tu lelaki akan choose the right person, the right time and the right place untuk bercerita. Siapa lagi yang lebih sesuai kalau tidak teman rapat. Mungkin ada korang yang cakap, aku tipu. Ada yang cakap 'Pakwe aku tak pernah pun cakap benda-benda macam tu'. Memang lah tak pernah cakap kalau duduk depan korang. Mana ada lelaki yang nak tunjuk gatal dengan aweks dia kan. Lagi pulak mana korang tau yang pakwe korang tak pernah cakap benda-benda tu. Korang pernah tanya? Kalau tanya pun, pakwe korang tak kan bagitau punyer. Percayalah. Alah, macam lah korang tak tau mulut lelaki ni. So sekarang korang nampak tak apa beza korang sebagai aweks dan sebagai teman. Tu contoh paling simple aku bagi.

Apa kata kalau si lelaki cerita kat pasangan (wanita) dia pasal  masalah peribadi? Tak mungkin. Lelaki memang tak boleh dipisahkan dengan sikap ego nya. Tak kan si lelaki nak tunjuk dirinya banyak masalah depan pasangan nya kan. So nak tak nak dia akan cari teman rapat untuk bercerita. Dan percaya lah, wanita akan rasa cepat boring kalau si lelaki asyik bercerita pasal masalah peribadi jer kat dia. Mungkin kat luar korang tak tunjuk yang korang boring, tapi dalam hati korang akan cakap 'apa pakwe aku ni, tiap-tiap kali jumpa, cerita pasal masalah dia. tak ada benda lain ker nak cerita'. Dah kat siapa lagi si lelaki nak cerita kalau bukan kat makwe nya. Bila makwe dah tak nak dengar pasal masalah si lelaki, lelaki akan cari teman untuk bercerita. So jangan pulak kaum wanita marah bila lelaki lebih pentingkan teman daripada korang.

Kalau masalah gaduh dengan pasangan pulak? Tak kan si lelaki nak bercerita kat pasangan dia. Silap haribulan, naik mangkuk atas kepala. Last sekali ,putus.  Masalah kerja dan bisnes jarang wanita berminat, so teman pilihan utama. Berkenaan bola, hanya peminat bola yang jadi pilihan. So kalau korang aweks yang minat bola, korang memang beruntung. Pakwe korang akan banyak luangkan masa dengan korang berkenaan bola. Sebab lelaki dan bola memang tak boleh dipisahkan. Tapi aku tak minat bola, sori guys. Satu lagi  yang susah pasangan (wanita) nak terima dari lelaki ialah cara gurauan lelaki. lelaki ni kalau bergurau, siap kutuk-kutuk dengan teruk. kadang kadang sindir sinis sampai kawan terasa hati. Kadang-kadang raba punggung. Kadang-kadang pukul- pukul tapi bukan pukul betul lar. Lelaki memang begitu dan perempuan tak akan boleh terima benda-benda macam ni. So pilihan lelaki, tak lain tak bukan teman rapat. Bila aku sebut raba punggung, jangan pulak korang fikir, lelaki ni ramai yang gay. Biasa lah lelaki, raba punggung tu dah dikira mesra kawan. Macam perempuan jugak, pegang-pegang tangan. Tak kan korang pun lesbian kot. Basic nya sama jer.

Kalau wanita (pasangan) di luar sana nak diutamakan oleh si lelaki, mudah jer. Korang jadi lah aweks dan juga teman kepada si lelaki tersebut. confirm, pakwe korang akan pilih korang dari teman dia. Tapi masalah nya, boleh ker wanita jadi teman kepada pasangan nya? Korang fikir-fikirkan lah. Alangkah beruntungnya aku, kalau dapat aweks macam tu. Time kapel, jadi aweks. Dan time ada masalah nak kongsi, boleh jadi teman. Fleksible kan. So tak ada sebab pakwe korang nak cari orang lain untuk kongsi masalah.....Timbul pulak satu lagi soalan, ada ker pasangan(wanita) yang macam tu? Setakat yang aku jumpalah, memang tak ada. Oleh kerana pasangan(aweks) dan teman tak akan sampai bila-bila pun sama......maka, teman memang terlalu penting buat lelaki....So bagi wanita yang bergelar aweks, bila korang tahu realiti ni, jangan korang marah bila pakwe korang lebih banyak keluar dengan teman berbanding dengan korang....

Saturday, February 12, 2011

Hidup Terlalu Susah?

Pernah tak korang rasa yang hidup ni terlalu susah bagi korang? kadang2 ada rase tak fair, sebab orang lain senang jer hidup, kerja mudah dapat, kewangan tak sangkut, family spoting, adik-bradik cool dan sewaktu dengannya. sebelum korang set kan mind korang macam tu, aku harap korang cuba renungkan apa yang tertulis kat bawah.

1st masa dalam alam sekolah korang ni bukan golongan yang pandai. bila dapat result, semua cop raja korang ada dari E hingga C.Dapat B pun jarang2 jer. Tu pun sebab meniru kawan sebelah sampai nak keluar biji mata. A pulak jangan nak berangan lar, tak kan dapat punyer....Masa pmp selalu kena marah dengan cikgu. kawan sebelah korang pulak sekali pun tak pernah kena marah, cikgu puji adalah. mana aci, kalau ditanya soalan susah. Ada ke tanya 4+(-5)? macam mana anak buat kalau dua-dua operasi ada kat tengah? tak betul ke apa cikgu ni, atau mungkin cikgu silap bagi soalan kot. tp tak kan cikgu tak perasan. tak mungkin, tak mungkin. last skali kena denda berdiri atas kerusi sampai habis masa....memang tak fair. Eh kawan, bukan soalan tu yang susah cuma ko je yang kurang pandai. Soalan tu bukan main senang lagi, kacang jer beb. budak sekolah rendah pun boleh jawab..tapi nak buat macam mana, ko memang kurang pandai. cuba fikir balik, lepas balik sekolah, mesti korang pergi main kan. yang laki ada yang main bola, lastik burung, mengail. yang prempuan pulak aku tak tau....korang fikir lar sendiri..point aku kat sini, walaupun kat skolah korang lembap, tapi korang ada life...orang yang pandai pulak, kena bagi komitmen yang tinggi pada skolah dan parent.apa tidaknya kalau dah jadi student harapan. hampir setiap jam mengadap buku. Korang boleh ke terima life macam tu? tak ada life kan.kalau yang pandai tu mungkin boleh, tapi bagi yang sama spesis dengan aku ni (kurang pandai), rasa nya korang memang 100% tak leh terima kan.so masih fair kan....

2nd bila dapat result spm. punya lah teruk result korang, sampai nak apply universiti pilihan pun tak dapat. apa lagi course yang korang minat, jauh sekali....5 6 kali apply baru lah dapat. tu pun bukan universiti pilihan. nak tak nak terpaksa masuk jugak ke universiti tu. kawan yang pandai, sekali jer apply terus dapat masuk matrikulasi. masa zaman aku matrik ni memang top lar. semua orang berebut nak masuk. pendek kata ramai yang cerdik pandai belajar kat matrik (1 tahun study). yang kurang pandai pulak masuk universiiti (3 tahun study). nak apply matrik jugak? tak payah berangan lah korang, memang confirm tak kan dapat punyer....memang tak fair, discriminasi betul. tapi betul ke matrikulasi ni bagus??? ni fakta yang aku nak bgitau korang. matrik punyer tekanan lagi tinggi berkali ganda dari universiti. kalau korang tak mampu tahan, tolong jangan apply. masa korang belajar memang singkat, save umur, tapi kena ingat sijil matrik tak laku kalau nak mintak kerja. sijil tu laku untuk masuk universiti jer, tu pun kalau korang dapat pointer bagus. kalau pointer 2.9 ke bawah tu, kena lelong lar beb...silap haribulan masuk universiti yang tawar course mengarut ynag memang terang2 tak ada peluang kerja. lagi lah bengang kan. untuk pengetahuan korang, batch aku ramai kena lelong termasuk aku sendiri masa tu pointer aku 3.3 jer. sedih giler...matrik punya course umum, so lapangan kerja korang memang tak der dalam list kerja. tapi kat U, course dah spesific, hala tuju kerja pun dah tau. so fair lah kan. bila dah jadi macam ni, korang fikir siapa yang lebih pandai? dah tau kan jawapan nya. jadi jangan pandang rendah pada diri sendiri.....

3rd semasa mencari kerja...pernah tak korang fikir, "asal aku susah sangat dapat kerja? " sedangkan kawan2 korang yang bodoh tahap cipan pun dah dapat kerja. mesti ada yang tak kena. tapi apa yang tak kena sebenarnaya? yang tak kena dengan diri korang adalah sebab korang ni budak pandai. korang mesti pernah dengar bahawa orang yang susah akan dapat bantuan, orang yang dianiaya akan dapat pertolongan, orang yang jahat akan dapat balasan dan yang sewaktu dengannya. tapi pernah tak korang dengar orang senang akan dapat bantuan? tak pernah dengar kan dan tak mungkin akan berlaku selagi dunia ni masih normal. Dalam hal kerja, pertolongan yang aku maksudkan adalah pertolongan Allah. mesti korang cakap tak logik sebab Allah kan tolong semua orang. tak kan lah Allah tolong orang bodoh jer, abaikan orang pandai. bagus lar soalan korang ni. habis korang jadi pandai tu, korang rasa siapa yang tolong? tak kan korang dah pandai sejak dari lahir kot. lagilah tak logik kan. orang pandai Allah tolong masa alam sekolah, sebab tu korang jadi pandai sekarang. orang tak pandai pulak Allah tolong masa cari kerja sebab dia memang tak pandai. nak cari kerja pun tak tau apa patut buat. so Allah guide lar sampai diorang dapat kerja. orang pandai ,otak korang yang pandai tu yang guide korang. otak yang Allah berikan ilmu masa korang kat sekolah dulu. sebab tu Allah tak guide dah korang. jadi korang rasa fair tak?

4th masa tengah kpel. sebab apa ramai yang rasa susah kapel. bukan susah untuk cari pasangan kapel, tapi susah untuk maintain kan hubungan korang. pernah tak korang perasan hal ni? ramai kawan-kawan aku yang alami masalah ni...kerap jugak kitorang discus tuk cari sebab. bila dah jumpa sebab baru sekarang ni dapat maintain kan diorang nyer hubungan. susah kapel sebab korang hemsem \ cantik. automatik pilihan korang mesti yang sepadan dengan korang jugak. kalau tak, korang akan rase malu, kan. orang yang hensem / cantik,demand nyer tinggi. memang tak boleh dinafikan. cuba korang tanya hati sendiri betul ke tak. nak ke korang kapel dengan pasangan yang tak seberapa? nanti macam2 orang kata kat belakang. korang bukan tak tahu mulut manusia ni. tak leh duduk diam. Lepas tu mulalah nak cari yang lebih cantik. sebab tu tak dapat maintain hubungan. Pasangan hemsem / cantik yang kekal kapel sampai kahwin, adalh yang sanggup buang sifat 'perasan lebih' @ 'bajet cun' pada diri mereka dan sanggup terima pasangan seadanya. walaupun  ramai yang mengata pasangan mereka.(Yang ni untuk siapa yang perasan hensem / cantik jer. yang tak berkenaan, terkecuali). Cuba korang bandingkan, orang yang kurang sikit rupa parasnya. mereka ni lebih lama kapel dan maintain dalam hubungan mereka. sebab mereka ni sedar rupa mereka, mereka tau hargai pasangan mereka. Sekali kapel berterusan, tak payah nak tukar-tukar pasangan. mudah kan...so masih lagi fair. Orang yang kurang rupa lebih mudah kapel berbandig orang yang perfect rupa parasnya...

Kalau ikut kan hati, banyak lagi yang aku nak tulis. tapi malas da, dah boring ngadap depan pc jer dari pagi tadi. Apa pun, dalam hidup tak ada sebenarnya istilah "TAK FAIR". Cuma korang tak tahu jer kat mana fairnya. Kalau korang fikir secara positif, korang akan nampak dimana fair nya. Korang mesti ingat, bahawa manusia akan diuji dengan kesenangan dan kesusahan. pertama senang dulu tp susah kemudian. kedua susah dulu tapi senang kemudian. yang mana satu pilihan korang. pilihan aku yang kedua....sebab tu aku senang hati bila aku susah sekarang, sebab aku tau aku akan senang kemudian. so kalau korang tengah dalam kesusahan sekarang, korang patut bersyukur. sebab kesenangan menanti korang dihadapan. sabar tu kena lebih beb....usaha kena ada, sebab setiap usaha yang bersungguh, telah pun Allah janjikan dengan kesenangan....sama ada cepat atau lambat jer....ingat tu.

Friday, February 11, 2011

Ibu Bapa Moden

Zaman sekarang, kerja adalah satu kemestian. Tak kiralah sama ada laki mahupun prempuan...Bagi aku orang yang tak bekerja dalam keadaan ekonomi begini, adalah orang yang kurang cerdik dan ketinggalan....Pasangan yang kedua-dua nya bekerja, ekonomi mereka lebih kukuh....tapi berhati-hati. sudah terlalu ramai parent yang sanggup menjual masa depan anak sendiri....korang jangan salah tafsir pulak.nanti aku jelaskan....

Berdasarkan pengalaman aku, ramai parent yang bekerja tak ambil tahu berkenaan anak sendiri (kepada yang berkenaan sahaja). yang diorang tahu hanyalah cari duit jer.tak kira pagi ke petang ke siang ke malam ke, yang diorang nampak hanyalah duit.maklumlah diorang nak bawak duit tu masuk kubur. mana tau kot2 ada orang jual rantai emas masa dalam kubur nanti kn.eh, nanti kalau korang mati, anak korang jugak yang dapat duit yang korang kumpul tu,tau tak...anak sendiri orang gaji yang jaga..korang tak pelik ke, anak sendiri tapi orang lain yang uruskan..prempuan bekerja memang macam tu,buat anak pandai tapi jaga tak pandai..kalau tak tahu nak jaga, lebih baik tak payah beranak.kesian kat anak yang tak bersalah....memang duit tu penting, tapi tak kan sebab duit anak diabaikan. anak kan lebih penting dari duit. nanti kalau korang dah jadi tua, yang nak jaga korang tu, anak korang jugak kan. dan korang kena ingat anak tak dijual di pasar, kat kedai pn tak der.

Bila dah diabaikan sejak kecil lagi, yang akan dapat masalah adalah guru.dah lar anak tu tak pandai, pemalas  ditambah pulak perangai nya yang tak macam manusia...setiap kali ada kelas, selalu ponteng. bila keputusan periksa keluar, mesti parent budak tadi datang ke sokolah. complain pasal cikgu yang ajar anak diorang..kononnya cikgu tu tak pandai mengajar....aku rasa memang parent tu tak betul lah.diri sendiri tak betul, nak salahkan orang lain...anak dicorakkan oleh ibu bapa bukan guru. guru cuma membimbing je...cuba korang fikir, kalau dalam satu kelas tu ada 40 orang pelajar, tak kan anak korang je nak cikgu tu beri perhatian. anak orang lain macam mana? tak kan korang tak fikir....kalau sorang anak pun tak dapat nak jaga, cuba korang bayang kan macam mana cikgu jaga 40 orang pelajar.? satu lagi parent tu kene ingat, yang bayar gaji cikgu bukan dier tapi kerajaan....cikgu tolong jaga tu pun dah kira baik, tapi masih lagi tak bersyukur. cikgu jugak diorang salahkan.

Satu lagi, kepada parent2 kat luar sana, sebelum korang hantar anak korang ke sekolah, tolong pastikan anak korang memang betul2 minat nak belajar. kalau dah memang tak minat nak belajar, hantar je ke pusat kemahiran. Jangan dipaksa, nanti memberontak anak tu. korang jugak yang susah....Banyak masalah yang timbul kalau korang hantar jugak ke sekolah. budak yang tak nak belajar biasanya akan buat bising dalam kelas semasa pmp, ganggu kawan2 yang nak belajar, menyusahkan guru, ponteng kelas, merosakkan harta sekolah dan banyak  lagi. Mesti korang tertanya-tanya kenapa jadi macam tu. sebabnya korang tak  ambik peduli langsung pasal anak tu. adab bergaul korang tak ajar, anak buat salah pun tak berani nak marah. konon nya sayang anak. sayang tu biarlah kena pada tempatnya. sebab tu lah ramai anak-anak membuang ibu bapa ke rumah orang tua. adab yang sepatutnya di ajar di rumah tidak di ajar oleh parent diorang. jangan anak itu disalahkan, tapi diri korang patut disalahkan....mana duit yang korang bangga2kan masa korang kerja dulu? boleh ke duit tu tolong korang masa tua? tak kan. kalau korang sedar realiti macam tu, start lah caring tuk anak2 korang. tak rugi untuk masa depan.....sebab anak adalh harta dunia dan akhirat....

Guru Insan Yang Malang?

Bila sebut jer pasal guru,ramai yang berfikir bahawa guru ni kaya. Bukan setakat kaya jer tapi kerja mudah, cuti pun banyak, ada rumah guru (quarter) disediakan, gaji pun tinggi...ish,kalau korang lah, korang nak tak kerja macam ni? kalau aku lah yang jadi guru memang beruntung. sebab tu lah sekarang ramai yang bercita-cita nak jadi guru. habis jer spm, tanya nak jadi apa? ramai yang jawab nak jadi guru..setiap tahun ramai yang ambil ujian KPLI.yang bagi jawapan lain tu,korang terkecuali lah.....Oleh kerana kawan2 aku ni ramai yang jadi guru, aku pun minat nak jadi guru, so aku discus lar dengan diorang pasal kerjaya ni....mula2 tu aku memang suka plus curius nak tahu.tapi semakin lama aku discus,mind set aku pasal guru semakin berubah....sedikit-sedikit anggapan aku pasal guru ni dikikis.....sekarang barulah aku tahu bahawa GURU adalah insan yang MALANG (sekolah elit tak di ambil kira)..mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku cakap macam ni....ni aku nak kongsi dengan korang pandangan aku pasal GURU...

kalau korang nak tahu, guru bukan lah golongan yang kaya macam yang korang fikir.kalau korang tak percaya,cuba korang tanya mereka yang jadi guru.semua nya berhutang....bukan dengan along tapi dengan bank.kalau betul guru ni orang yang kaya,tak perlu pun berhutang sampai ratusan ribu...korang ingat best ke berhutang dengan bank? kalau pinjam 100 ribu.confirm kene bayar lebih, contoh nya bayar 130 ribu...30 ribu banyak tu beb...korang sanggup ke bagi 30 ribu free jer kat orang yang korang tak kenal.kalau aku lah usah kan 30 ribu, RM1 pun aku aku tak kan bagi tanpa sebab....lain lah orang yang kita kenal kan,macam famili ke, kawan ke, mak we ke.tu pn kadang-kadang kena fikir 2 3 kali jugak.bukan sebab kedekut, tapi sebab income tak seberapa....nak bagi kat orang pun  agak-agak lar,kene lah pandai reserve tuk diri sendiri dulu.tak kan lah korang sanggup ikat perut semata mata nak belanja orang kan....tu lar realiti nya.nak tak nak terpaksa jugak berhutang.tiap-tiap bulan duit habis bayar pinjaman....tapi ada yang cakap ramai yang kerja guru ni,ada rumah besar.yang tu betul,aku tak nafikan...kalau rumah besar, kereta besar, bini besar tapi duit tak der, nak buat apa kan...lebih baik bersederhana tapi ada duit untuk hidup senang (bukan kaya)...rumah besar bukan ukuran seseorang tu kaya.sama jugak dengan manusia.rupa cantik bukan bermakna perempuan tu baik...jangan tertipu dengan dunia.so kalau jadi guru, korang jangan mimpilah nak jadi kaya.duit gaji cukup untuk hidup jer...

Bila sebut pasal gaji,percaya lah gaji guru tak sebanyak yang korang fikirkan.....aku tahu korang memang tak setuju dengan aku kan...kalau korang nak marah aku,marah lah.tapi sebelum tu biar aku jelaskan dulu....untuk pengetahuan korang gaji basic guru 1900.campur alaun bersih, jadi 2200....jumlah sebanyak tu hanya lekat celah gigi jer beb...cuba korang kira selepas ditolak pinjaman rumah, pinjaman ptptn, belanja dapur, duit minyak, sewa rumah, bil air dan letrik, belanja sekolah anak.itu belum lagi termasuk duit untuk holiday, belanja kawan (bagi yang lelaki, yang prempuan memang kedekut), emergency dan sewaktu dengannya....kalau boleh simpan rm 100 pun dah kira mujur. Tu baru life kat pinggir bandar. cuba korang tinggal kat bandar besar macam KL ke....silap haribulan merempat lah korang.kalau kat bandar besar,belanja dapur sahaja dah hampir 1000 sebulan (ambil kira taraf hidup semasa)...barang mahal beb...korang tak percaya kan.apa kata korang try stay kat KL seminggu.tengok macam mana korang survive.cakap saja tak guna beb kalau tak try sendiri.....aku berani cakap sebab aku dah try...merana......

Sebab apa ada lagi orang yang fikir, duit 2200 tu banyak?. sebabnya orang macam ni tinggal kat kampung jer.maklumlah life kampung, nasi lemak rm1, air tea-O 80 sen, nasi berlauk rm3 jer(tempat aku).malas lar nak cakap sebab korang pun dah tau kan.bukan setakat murah, kuantiti pun banyak, taste pun boleh tahan...sebab kos hidup diorang rendah lah, angka 2200 diorang nampak macam 22,000...kat KL nasi lemak kosong  dah rm2.50 (depend pada kedai), yang lain korang fikirlah sendiri....Sekarang dah clear skit pasal gaji guru yang korang anggap tinggi tu....Kecuali guru yang bukak bisnes sendiri.tu pun kerana diorang  terdesak sebab gaji tak cukup.orang macam ni baru boleh dikatakan berduit.tu pun diorang usaha sendiri bukan makan gaji.bukan senang nak bukak bisnes beb.ada 2 kemungkinan jer, sama ada korang untung atau gulung tikar.yang ni bergantung atas kepandaian korang uruskan bisnes.....manusia ni memang unik,bila keadaan terdesak, tahap pemikiran, pertimbangan tindak balas, keupayaan untuk hidup akan berubah selaras dengan perubahan hidup...asas nya,orang tak akan mencuri kalau keadaan tak memaksa (pencuri tak dikira)...

Berkaitan dengan cuti. betul ke cuti guru ni panjang.?..kalau 5 atau 10 tahun lepas memang ye dan aku tak nafikan...tapi sekarang tidak.bagi sesiapa yang ada famili yang kerja sebagai guru,mungkin faham keadaan ni...cuba korang perhatikan,cuti akhir tahun lama tapi kenapa guru masih lagi ke sekolah? pelik bukan....tak kira lah cuti awal tahun ke pertengahan ke atau akhir tahun, cuti tersebut bukan untuk guru tapi untuk pelajar...guru terpaksa ke sekolah untuk mesyuarat (esp akhir tahun), urus kemasukan pelajar baru, siapkan markah periksa, kemaskini data pelajar, uruskan biasiswa, rancang jadual belajar masa cuti, adakan kelas tambahan, terpaksa pergi kursus dan banyak lagi...semua ni diurus masa cuti.so kalau life macam ni korang masih lagi berfikir guru beruntung sebab cuti panjang, korang silap....guru dibayar gaji untuk mengajar sahaja bukan buat kerja perkeranian macam ni....oleh kerana guru ni baik, semua tu diterima tanpa bantahan...sebab guru ni pandai lah dia tak membantah.kalau bantah pun, tak ada siapa nak dengar....sebab kerja yang tak masuk akal ni lah, ada guru yang jadi gila. tak dapat lagi menahan tekanan kerja yang begitu hebat...

sebab tu tahap pendidikan negara kita sekarang ni semakin merosot...disamping mengajar terpaksa buat kerja diluar bidang tugas. so pelajar terabai, sebab pmp tak dapat nak fokus kepada pelajar.korang jangan salah kan guru dalam hal ni, salahkan sistem pendidikan negara yang hanya tahu menekan guru untuk dapat hasil pelajar yang belum tentu dapat memberi sumbangan pada negara dan belum tentu menghargai jasa guru....negara hanya nak lihat hasil, nasib guru tak di ambil tahu pun dan tak terbela.padahal guru lah yang sebenarnya memberi sumbangan yang paling besar terhadap kemajuan negara...kalau ada pemimpin kita yang kata nasib guru telah, akan dan sudah dibela, that's BULLSHIT...!...kalau betul lah nasib guru ni di bela, tak kan masih ada lagi quarter guru yang macam rumah berusia 50 tahun, tak ada pengawal keselamatan, rumput sama tinggi dengan pinggang, ada yang sampai ke paras dada, stay kat quarter pun bukan nya free macam  polis, kena bayar beb, beban kerja bertambah tapi gaji tak naik pun, bajet untuk pendidikan di kurangkan, tak ada kelim perjalanan (mesyuarat), kertas ujian kena copy guna duit sendiri, aktiviti pelajar guna duit sendiri, anak guru tak dapat pinjaman buku teks (tak logik kan). Bukan main banyak sumbangan guru pada negara, anak guru tak terbela pun. cuba korang bandingkan dengan anak anggota polis ke, kastam ke, mara ke...jauh beza....yang jadi mangsa selalunya guru....macam ni ke nasib guru dibela???

Bila aku tanya orang yang bukan guru, diorang cakap kerja guru senang.pergi sekolah, mengajar, pukul satu  balik rumah....aku cuma nak ingatkan je,kalau korang tak pernah pun jadi guru, korang tak layak nak judge keja guru ni senang....katakan korang kerja bawak lori. then aku cakap kerja tu senang. pagi2 bawak lori, just pusing stereng jer, petang balik dan tidur.mesti korang marah kan.sebab bila bawak lori, semua urat kat badan sakit.tak gitu...keadaan nya sama kan,semua kerja ada kesusahan nya masing2....di sekolah pun macam tu. terpaksa berdepan dengan kawan yang kuat dengki, tambah pulak dengan tugas yang tak pernah habis, tekanan dari pentadbir lagi, tekanan dari PPD, berdepan dengan pelajar yang perangai nya macam...... lagi, sukatan pelajaran yang terlalu banyak untuk dihabiskan dalam masa yang singkat dengan kerja yang bertimbun-timbun, mesyuarat lagi, terpaksa uruskan majis tahunan sekolah , terdedah dengan saman pelajar dan banyak lagi. tak larat aku nak type ni.....memang korang nampak mudah tapi hakikatnya jauh berbeza.badan dan otak, dua-dua kena terima tekanan yang memang manusia normal tak dapat nak terima....so korang masih lagi beranggapan kerja guru mudah? terpulanglah kat korang nak fikir macam mana....tapi cuba fikir secara matang....

Aku bagitau semua ni bukan sebab aku backup guru, aku pun bukan jenis yang suka complain, pun bukan sebab aku tak puas hati..cuma aku harap korang dapat ubah persepsi korang berkenaan guru, lebih hormat pada insan yang bernama guru. kalau difikir-fikir mana ada manusia yang lebih pentingkan anak orang lain daripada anak sendiri kan...kecuali guru, sanggup ajar anak orang lain wlaupun anak sendiri terabai...punyalah hebat pengorbanan guru, tapi tak ramai yang betul-betul menghargai....ada parent yang kata anak diorang memang pandai dari kecik lagi, bukan sebab guru yang ajar.nonsense kan....tu lah perangai orang yang bekerja....Aku tak berniat nak kutuk korang yang tak berkenaan just bagi pendapat berdasarkan pengalaman aku.jika ada yang terasa hati, sori r beb, tak sengaja.....Ok, Adios

Thursday, February 10, 2011

Betul Ke Orang Yang Dapat A's Tu Pandai?

Kalau difikirkan masa zaman sekolah dulu,memang sakit hati...kawan satu kelas aku semua nya pandai.aku jer yang kurang pandai.nak kata tak pandai tu,melampau sangat.....lepas result spm keluar,hampir semua kawan aku dapat straight A.maklumlah kelas depan....cuma aku jer yang ada B dan D.mungkin cikgu silap letak aku dalam kelas depan tu....Persoalan nya kat sini,betul ke orang yang dapat A's tu pandai.?Lama dah aku fikir pasal benda alah ni.then satu hari aku dapat jawapan selepas sekian lama buat pemerhatian dan kajian....

Berdasarkan kajian aku,hampir 95% orang yang pandai dalam pelajaran sebenarnya tak pandai (5% lagi terkecuali)...Bahkan tahap pemikiran diorang ni lebih rendah berbanding dengan orang yang lemah dalam pelajaran....sabar dulu,jangan naik angin dulu.korang dengar dulu apa yang aku nak bagitau....aku tak paksa korang terima apa yang aku nak bagitau,tapi ni adalah realiti...kalau korang tak nak terima,terpulang lah kat korang....Cuba korang tengok kawan korang yang dulunya memang tak pandai belajar,dengan erti kata lain yang lebih mudah 'bodoh'....sekarang apa kerja diorang?ramai daripada mereka yang korang kata bodoh dulu lebih berjaya dalam kerjaya berbanding yang pandai,betul tak....pandai di sekolah tidak bererti pandai ketika dewasa.

Ada yang dulunya dapat D dan E setiap kali result keluar,tapi sekarang dah jadi cikgu (kawan aku).Yang tak dapat kerja kerajaan pulak,bukak bisnes sendiri.contohnya jiran sebelah rumah aku.kerja dia jual air tebu jer...maju tu beb....lebih kaya daripada yang kerja kerajan.apa tidaknya kalau duit masuk RM300 sehari.cuba korang hitung pendapatan bulanan diorang...kalah gaji korang yang kerja kerajan tu...korang jangan pandang rendah orang yang kerja sendiri ni sebab kebanyakan yang kerja sendiri lebih senang daripada yang kerja makan gaji.so kepada mereka yang kerja makan gaji tu,tak payah lah korang berlagak sangat.memang nama pekerjaan korang tu best,tapi duit korang tak der beb....cuba korang fikir berapa ratus duit bersih yang korang boleh simpan sebulan...daripada kajian aku,bagi yang dah berkeluarga paling banyak pun boleh simpan Rm1000 sebulan kalau gaji Rm3000 lebih.tu pn jenis yang kedekut giler....tak termasuk bayar pinjaman lagi tu....kalau yang kerja sendiri pulak,pinjaman setakat rm500 sebulan tu kecik jer beb...bayangkan income 5,6 ribu sebulan....Bagi orang yang pendapatan kecik macam aku ni,jumlah tu besar bagi aku....kalau korang anak orang kaya,aku tak leh nak cakap apa2 lar kan.tapi yang kaya tu parent korang je,bukan korang....diorang yang kerja sendiri ni boleh simpan 2,3 ribu sebulan.banyak tu....

Cuba korang tengok kawan korang yang kerja kerajan, kerja makan gaji....seksa beb (kecuali pegawai petronas).akhir bulan jer,duit tak der.mula lah cari kawan yang kerja sendiri nak pinjam duit...korang tak malu ke.korang belajar dapat straight A,budak pandai,top 10 kat skolah.dah kerja pn masih tak cukup duit.sebab korang terlalu bergantung kepada kerja makan gaji yang korang anggap 'hebat' tu....kalau belajar tinggi-tinggi hanya tuk kerja makan gaji je,baik tak payah blajar tinggi...ada kawan aku sorang ni belajar sampai degree,tp kerja bawah orang yang lulus spm jer...malu muka beb...sekurang-kurangnya, dah dapat result bagus korang bukak lah bisnes sendiri.korangkan budak pandai...tak gitu.?orang yang belajar sampai form5 pun gaji lagi hebat daripada korang.ada yang bukak company sendiri,ada yang bukak butik sendiri.inikan pulak pelajar lulusan universiti cam korang....tak payah lah korang mengharapkan gaji bulanan tu,tak cukup beb....taraf hidup makin tinggi,harga barang makin naik,keluarga makin besar,belanja pun jadi besar.padahal gaji korang tak der lar naik tinggi sangat kalau nak dibandingkan dengan pergerakan taraf hidup sekarang.nak tak nak kenalah jugak bukak bisnes,baru boleh hidup senang walaupun tak kaya....sebab tu bagi pendapat aku orang yang dapat A's tu sebenarnya tak pandai.bagi aku istilah pandai bukan diukur semasa zaman sekolah tapi bila dah bekerja.ha,masa tulah baru korang dapat lihat siapa yang betul2 pandai,dan siapa yang bodoh....kalau korang masih lagi berpendapat orang yang dapat A tu pandai,aku tak kata pendapat korang salah.cuma bagi aku korang masih lagi tidak matang dalam berfikir...

Aku bagi contoh beberapa orang kawan aku yang pandai...Kawan aku si H ni sejak dari sekolah rendah lagi tak pernah dapat C.hanya A dan B jer.PMR dan SPM dapat straight A....Lepas buat degree,dapat kerja sebagai guru.Guru?mak aii....dia ni guru cemerlang tp duit selalu tak cukup padahal gaji dah mencecah 5 ribu lebih (1 masalah).sebagai kawan baik aku bagi cadangan kat dia supaya bukak bisnes.bila aku bagi cadangan tu, dia cakap tak tahu nak buat bisnes apa (1 lagi masalah).cuba korang fikir secara logik.tak kan seorang pelajar cemerlang tak tahu nak uruskan duit...?plus tak tahu nak bukak bisnes apa untuk tambah pendapatan....kalau macam ni lah guru cemerlang, nampak nya kena tukar kepada 'guru temberang' baru sesuai....Kawan aku yang sorang lagi si R.kebetulan guru cemerlang juga.pakar dalam bidang matematik.kahwin dengan seoran perempuan yang tak bekerja (1 masalah).sekarang sedang buat rumah sendiri dengan duit pinjaman.timbul pulak masalah kos buat rumah lebih tinggi daripada pinjaman yang dibuat (1 lagi masalah).dia juga ada bisnes tuisyen, kelas untuk darjah 6.baru setahun bukak,tambah lagi 2 kelas untuk darjah 5 dan 4.gaji tenaga pengajar tak dapat bayar sebab tampung kos buat rumah (1 lagi masalah).dia juga tolong set up kan bisnes untuk isteri nya yang tak bekerja.jual bekas makanan plastik.sekarang bisnes tu tak jalan sebab isteri dia malas (1 lagi masalah).maklumlah isteri dia anak bongsu.kebanyakan anak bongsu memang pemalas....cuba korang renungkan,logik ke orang pandai cari isteri yang tak bekerja.itu kurang pandai nama nya.sama je dengan bunuh diri (kias).dulu kahwin sebab cinta.cinta kalau tak der duit merana lah jawab nya.sekarang cinta entah kemana,sayang entah kemana,asyik gaduh jer.sebab tak cukup duit.memang menyesal dia sekarang...isteri pula tak faham keadaan ekonomi suami.dalam keadaan tak ada duit sempat lagi plan nak pergi holiday.malang sungguh nasib R,dah lar isteri tak bekerja,pemalas,menyusahkan pula.nak buat macam mana R,dah pilihan kau....fikir lagi,pakar matematik tp tak dapat nak selaraskan kos rumah dan pinjaman = pakar matemtik cap ayam...masalah tuisyen pula,tamak punyer pasal gaji cikgu tak dapat nak bayar....cukuplah 2 contoh tu.banyak lagi sebenar nya.tapi tangan aku dah nak krem da ni.kalau macam ni lar pelajar cemerlang yang korang anggap pandai,memag korang tak matang....

Apa yang aku bagitau korang ni bukan sebab aku nak backup orang yang kurang pandai belajar...aku pn kerja makan gaji jugak.sebab tu aku tahu keadaan orang yang makan gaji.takkan kita yang ada degree ni, gaji lebih rendah daripada orang yang hanya lepasan spm je.tak logik kan...aku nak korang bukak mata dan fikir lebih jauh.terutamanya kepada adik-adik yang masih lagi lali dengan dilema cinta di Universiti..sedarlah bang oi.kalau korang tak der duit,prempuan pn tak nak kat korang.prempuan yang aku maksudkan ni,yang berfikir macam aku ni.kecuali prempuan kampung yang memang tak pentingkan duit dan hanya pentingkan cinta (kononnya).padahal dia tak sedar kalau duit tak der,laki bini pun boleh bercerai.tak kan hidup nak makan pasir kot.time tu barulah korang sedar bahawa ungkapan seperti "i lov u forever" atau "i akan sehidup semati dengan u" atau "duit bukan segala-galanya" hanyalah BULLSHIT semata-mata....Korang kena ubah cara pemikiran bahawa duit adalah segala-galanya.zaman dah berubah beb...bila aku cakap macam tu,jangan pulak korang giler cari duit sampai abaikan ibadah...tak kenalah macam tu.buatlah apa yang patut dengan cara yang halal...bila ada duit semua akan datang secara automatik.sama ada perempuan,kasih sayang,cinta,kawan dan yang sewaktu dengannya....semua perempuan mata duitan.aku tak benci perempuan tapi aku cakap perkara sebenar.kalau korang tak percaya cuba korang bagi emas kat perempuan,tak kiralah cincin ke gelang ke rantai ke.confirm diorang ambik.memang tak ader yang akan menolak punyer.....itulah perempuan, memang sinonim dengan duit.bila sebut jer perempuan,mesti nampak duit...kalau ada perempuan yang cakap dia bukan jenis mata duitan,aku boleh cakap, korang memang penipu besar....baru kahwin,dah mintak cincin emas.tu tak termasuk lagi wang hantaran.ada yang memang tak sedar diri tu,mintak wang hantaran tinggi.kalau muka tu lawa,ok lar jugak....macam siti nurhaliza ke fasha sandha ke.... halo,prempuan....ada laki nak kat korang pun kira mujur,tau tak.tak payah lar nak demand tinggi sangat.korang kena sedar yang laki sekarang ni semakin kurang ,prempuan pulak bertambah ramai....kalau korang demand tinggi,berlambak lagi perempuan kat luar sana yang jauh lebih baik dari korang....so cuba control korang punyer mata duitan tu...

Aku bukan pandang rendah kepada kerja makan gaji, aku pn tak bangga aku kerja makan gaji tp aku respect orang yang boleh berdiri atas kaki sendiri (berdikari) yang sanggup ambil risiko untuk kerja sendiri....korang bukanlah orang bodoh sebab dapat result yang teruk, tapi itu lah permulaan korang jadi orang yang paling pandai....so jangan rasa rendah diri sebab result tak elok, bersyukurlah sebab korang sudah ditakdirkan untuk berjaya....

Wednesday, February 9, 2011

Nasihat Untuk Gadis Kampung

Kalau sebut pasal gadis kampung,semua terbayang perangai nya baik, sopan dan macam-macam lagi lah.malas lar nak bagitau,sebab korang pn dah tau kan.....Ha,yang jadi masalah nya bagi pendapat aku lar kan

1st kebiasaan nya budak kampung ni pemikiran diorang cetek.maklumlah duduk di kampung,suasana kampung.so bila ditanya korang nk buat apa lepas habis belajar?Diorang jawab nak kawin dan duk kat rumah,jadi suri rumah.Came on lar,cik adik.Kalau belajar sampai ke Universiti semata-mata nak jadi suri rumah,baik tak payah belajar sampai ke U.tak ada guna nya buat pinjaman PTPT Tipu (PTPTN).....Aku panggil PTPT Tipu sebab duit yang masuk selalu tak cukup (bagi yang concern lar)....kebanyakan budak kampung memang macam ni KECUALI yang yang bergaul dan boleh menerima pemikiran budak bandar pasal hal-hal kerjaya (bukan hal sosial). Bagi budak kampung yang tengah baca nie,aku cuma nak ingat kan jer.sekarang ni taraf hidup dah semakin tinggi,kalau korang tak kerja dan mengharap lelaki jer yang bekerje, lambat laun makan pasir lah korang. Memang lelaki kena sara isteri,tapi isteri pn kena lar bantu suami juga kan.Kalau kat kampung mungkin makanan masih lagi murah,cuba korang pergi ke bandar,RM50 sehari tak cukup.....

2nd biasanya budak kampung ni tak ada gaya pemakaian.....kalau yang suka pakai baju kurung tu,tiap-tiap hari mesti nak pakai baju kurung.cuba korang ubah sikit,ikut peredaran zamantp kene cukup syarat dan tutup aurat.pakai baju kebaya ke, kurung kedah ke, blaus dengan seluar ke.tak de lar korang nampak kolot sangat...begitu juga dengan pemakaian tudung,cuba korang perhatikan. ada banyak cara nak pakai tudung nie..baru lah tak boring korang punya bf.aku bagitau ni bukan untuk aku,tapi untuk korang jugak.sebab lelaki sekarang kebanyakan suka prempuan yang ada skill pemakaian....Bila aku cakap cuba ubah cara pemakaian,jangan pulak korang pakai seluar jeans ketat,baju tak cukup kain,baju nampak kulit,tudung yang nampak rambut dan yang sewaktu dengannya.....agak-agak lar.aku tak suruh korang bogel kat depan public.....kalau ada jugak yang pakai macam ni,ha tu lah makhluk akhir zaman.....nak kata orang,tak pulak nampak macam orang....nak kata batang nangka buruk,mungkin lar jugak.....terpulang lah korang nak panggil apa,yang penting elakkan pakaian macam tu....satu lagi minah yang berbadan besar ni,pendek kata yang gemuk....aku tau korang tak nak orang nampak korang ni gemuk...tak payah lar korang pakai baju ketat giler.kesian kat mata lelaki tengok badan korang yang macam alien tu....kesian kat badan korang,terpaksa dedahkan apa yang tak patut didedahkan....Eh! korang tak malu ke pakai cam tu.geli lah....korang tau tak....Badan korang tu dah memang gemuk.korang pakai baju ketat macam mana pn,tak kan jadi kurus punyer badan korang.percaya lah cakap aku....kalau korang nak kurus jugak,bersenam lah.bukan susah pn.5 minit je satu hari.kurus nak bersenam malas,ape daa punyer manusia....

3rd budak kampung kebanyakan nya tak tahu nak jaga seri muka.ada tu, muka cantik tapi kulit mak ai,macam kulit bawang kena kupas.ada pulak macam kulit pokok kayu balak.boleh guna tuk asah besi beb...bila ditanya,kenapa tak jaga muka.....macam-macam alasan diorang bagi.ada yang cakap,pencuci muka mahal sangat.hello,pencuci muka murah tak ada ke dik.kalau kasut korang boleh beli,tak kan pencuci muka RM10 pun korang tak boleh beli.kalau korang tak der duit sangat,bantai jer sabun mandi.sekurang-kurang nya tak der lah kulit tu berminyak macam tepung roti canai.ada jugak yang cakap muka diorang tak cantik.eh,cuba korang pergi depan cermin,and then korang tilik muka korang.ada tak lobang hidung korang ternganga ke atas.atau telinga korang panjang sebelah ataupun dahi korang tak der sebelah..kalau semua nya normal,cuba lah bersyukur sikit..ramai lagi orang lain tak ada apa yang korang ada.kalau kulit muka memang sejak azali lagi dah gelap,cari lah ubat yang boleh cerahkan sikit muka tu.tapi pastikan benda tu halal.sekarang dah zaman moden.semua jenis ubat ada,atas korang je buat pilihan.orang kata nak seribu daya,tak nak seribu dalih...yang korang kena ingat semua perempaun ada kecantikan nya sendiri.....yang berkulit gelap mungkin lebih manis daripada yang berkulit cerah....yang dah memang cantik tu,tak payah lar korang perasan sangat,tak payah lar korang bajet2 ayu.ramai lagi yang lebih cantik daripada korang.....Bila aku cakap jaga seri muka,jangan pulak korang make up tebal-tebal.aku tak suruh korang make up berlebih-lebih.cukup pakai yang asas jer macam gincu, bedak dan krim muka....tujuan nye untuk jaga muka.kalau korang nak make up tebal-tebal jugak boleh,korang kahwin dulu,lepas tu make up tuk suami korang.yang tu tak pe.korang nak make up 18 inci pn tak pe.....

Alang-alang cakap pasal perempuan cantik ni,ada satu info yang aku nak bagitau kat perempuan yang bajet ayu kat luar sana.ha,..kalau korang nak tau,perempuan yang kurang cantik ni,diorang kapel lebih lama daripada korang tau....kebanyakannya kapel sampai diorang kahwin.korang tau tak sebab apa....1st sebab perangai diorang lebih menyenangkan.2nd diorang tak bajet ayu,dah memag diorang tak ayu pun.3rd diorang pandai ambil hati lelaki.4th diorang tak demand tinggi sebab diorang sedar dir dan tahu lelaki semakin berkurang sekarang. tapi kalau dapat yang hensem tu,memang bertuah lah.5th diorang ni setia,tak der nak main tukar-tukar kapel punyer.tak lar macam perempuan yang bajet ayu tu,jumpa yang lagi hemsem,yang lama ditinggalkan.ape? korang ingat lelaki ni daun terup,atau lampin pakai buang ke.senang-senang je korang nak campak bila dah tak nak.....nanti bila bf korang jumpa yang lagi cantik daripada korang,jangan pulak korang marah bila bf korang campak korang kat tepi......

Perempuan yang bajet ayu ni pulak biasanya tak tahu ape-ape pn.masak tak pandai,baju pandai pakai jer mak yang tolong basuhkan,tak pandai ambik hati,manje,berjimat tak pandai,kalau bab habiskan duit,memang no 1.yang diorang beli,alat make up n pakaian.eh,korang kan dah perasan cantik,tak payah lar pakai alat-alat make up ni.buat menyampah jer lelaki tengok.yang diorang tau satu jer gedik dan bajet cun....mentang-mentanglah kulit diorang cerah sikit.sebab tu lah spesis yang macam nie,kapel tak lama.sekejap jer dah putus....tau tak sebab apa? sebab diorang ni memang membosankan.lelaki dah muak tengok korang gedik....lelaki tengok pn sebab korang ada rupa, kalau tak, tak der nyer yang hingin nak tengok korang gedik....kalau korang tak caya,cuba korang tanya lelaki yang korang jumpa.....suruh dia cakap secara jujur...
jangan pulak korang tanya lelaki yang sama spesis dengan korang.yang tu special skit....CUBA korang fikir,Allah buat semua ni memang fair kan....yang lebih kat rupa paras, kurang kat lain.yang kurang kat rupa paras pulak,lebih kat lain....so tak payah lar korang bangga sangat dengan kecantikan korang yang sementara tu....semua tu Allah bagi pinjam jer,nak uji korang.nanti bila korang dah tua,lembu pn tak nak tengok korang.usah kan tengok,jeling pn tak nak....so bersederhana lah.

Yang aku tabik giler ni prempuan yang cantik tapi tak rasa dia cantik,tak bajet ayu,selalu rendah diri,tak pentingkan diri sendiri,tahu semua kerja rumah,pandai jaga pemakaian dll.malas lar nak sebut,sebab korang pn dah tau kan...kalau korang ada ciri-ciri ni,bertuah lah lelaki yang dapat korang.tapi setakat ni yang aku jumpa baru sorang,budak sarawak.aku memang respect giler dier.....
(sori lari pulak dari topik)

4th budak kampung ni mudah sangat nak dapat.Kata orang,petik jari sekali 10 yang datang....came on lar girls,zaman sekarang ni lelaki tak boleh dipercayai sangat....(kepada lelaki budiman yang tak berkenaan aku tak kata kat korang k).....mudah dapat mudah putus,tu peraturan dier.tapi jangan pulak korang jual mahal sangat.nanti jadi anak dara tua lar korang.....mahal biar bertempat....body korang,korang kena jaga...jangan bagi lelaki senang-senang jer pegang.maruah korang tu..kalau korang nak tau,sekali lelaki dah pegang mana-mana body korang,korang dah tak cantik lagi pada pandangan lalaki tersebut....bila-bila masa jer lelaki tersebut boleh tinggalkan korang....si lelaki untung,korang lar yang rugi....so pandai-pandai lar korang cari bf yang baik....cuba tanya kawan-kawan korang yang tinggal kat bandar.biasanya diorang ni lebih tau pasal lelaki....jenis mana yang suka ambil kesempatan,yang nak test power dan sebagainya....yang penting jangan terburu-buru,nanti korang jugak yang rugi

Tuesday, February 8, 2011

Duit Di Bank Hilang

Just to inform korang,hati-hati skit bila korang simpan duit kat Bank CIMB sebab dah ramai yang hilang duit. Kalau hilang sepuluh dua tu, nak kata tak kisah mungkin kisah lar jugak.tapi masalah sekarang ni hilang melibatkan jumlah yang besar contoh nya rm500, rm1500 dan seterusnya. Problem ni ramai dah yang terkena termasuk aku sendiri.nasib baik aku tinggalkan rm20 je dalam account tu.rm20 pn diorang kebas,memang tak berhati perut langsung.

Nak kate diorang servis card bank,mesti setahun sekali.Tapi sekarang hampir setiap bulan duit hilang.Maklumlah aku ni bukan lah berduit sangat.so kalau pasal duit ni memang aku concern giler.Laen lah kalau mereka yang memang kaye tu,memang tak perasan kot.Apa pun be careful.walaupun rm10 yang hilang, ia tetap duit dan korang tetap kene curi.....

Saturday, February 5, 2011

Betul ke Celcom Broadband Problem?

Post ni bagi sesiapa yang berkenaan sahaja....termasuk celcom sendiri

Ramai pengguna celcom broadband tertanya-tanya kenapa celcom lembap.padahal dah guna high speed modem n pakej yang paling mahal....tp yang kecewa nya bayar tetap sama,service ntah ape2.lembap nak mampus.dah lar camtu,tiap-tiap bulan celcom charge rm3 tuk post-paid bil.tak patut betul.kalau service tu ok seperti yang diwar-war kan dalam tv tu, tak der hal lar nak letak harga yang tinggi pn.yang penting customer puas hati..ramai kawan kawan dan aku sendiri alami masalah ni.....1st aku guna memang laju tp sekejap je,seminggu lebih.lepas tu da start lembap.kemudian sekali sekala laju then lembap balik.aku ingat pc aku ader problem,so aku format lar.banyak kali jugak aku format,tp speed dier tetap tak der improvement....

so punyer lar bengang dengan celcom,sebab speed yang aku dapat tak seperti ape yang aku bayar.,aku call lar celcom centre.dipendek kan citer,tiap kali aku call,mesti wakil celcom yang angkat tu bagi macam2 alasan yang pada tekaan aku hanya nak sedap kan hati customer jer.konon nyer celcom tengah upgred line lah,tengah baiki tower lah dan macam2 lagi alasan diorang.cuba korang bayangkan selama4 tahun aku guna celcom broadband ni,selama tulah diorang bagi alasan tengah upgrade line.4 tahun upgrade line?came on lar celcom,sekarang dah zaman moden lar bukan lagi zaman batu.dengan wujud nya pelbagai mesin dan teknologi terkini,tak logik lar upgrade line 4 tahun tak siap lagi.kalau ye pun celcom memang guna mesin masa zaman batu, ape salah nya bagitau cutomer perkara sebenar.kalau upgrade tu ambil masa 10 tahun,why not bagitau je customer.tak lar customer tertanta-tanya.dah lar diorang tau yang customer tengah bengang,sempat lagi diorang tanya nama,no tel,kp,nama ibu....What The Hell celcom....cukup bagitau ape yang customer tanya....kalau dalam tv bukan main lagi iklan,melampau-lampau.Konon nya celcom lah paling laju,paling popular,paling hebat.tp kalau macam nilah service celcom, celcom boleh kata laju, tak payah lar susah-susah habis kan duit wat iklan yang tak masuk akal ni.tak payah lar canang lebih-lebih,wat customer meluat jer.

Last sekali aku call celcom,2 minggu lepas.masa tu diorang cakap nak call aku dalam masa seminggu tuk solve kan problem aku.tapi sampai sekarang diorang masih tak kol lagi.nampak sangat diorang hanya bagi alasan jer masa tu.Selama 4 tahun aku tahan guna line celcom nie.sekarang nie,bila bila masa jer aku akan tukar line....apa yang aku tulis kat post ni berdasarkan pengalaman aku dan kawan2 aku....sekiranya korang tau lebih dari apa yang aku tau,korang dialu-alu kan tuk beri pandangan.mungkin ada perkara yang korang tau tapi aku tak tau kan....so boleh clear kan sikit masalah ni..

Perlukah Jujur Sebelum Bertunang

Dua hari lepas 4 Feb 2011, hari jumaat seorang kawan aku menjemput aku ke majlis pertunangan die...Biasa nya masa majis pertunangan bagi warga kampung kawan tak perlu  dijemput. Cuma sanak saudara je yang dijemput. Maklumlah majlis kecil-kecil jer...Tapi oleh kerana aku ni kawan rapat,boleh dikatakan 'Best Frenz Forever' ,so dia jemput lar aku kat majlis tu.....Tapi bukan ini yang aku nak maklum korang, cume intro jer...

Citer nye pasal sorang kawan aku ni...die nie tak lah hemsem sangat tp pandai bergaya..orang dah bekerja...walaupn budak kampung,dia dah bukak bisnes beb.3 bulan baru beroperasi,dapat Rm1000 seminggu.baru 3 bulan beb.....orang dah berkerja beselah,banyak bunga yang nak melekat.lagi lagi zaman sekarang ni,kebyakan perempuan memang mata duitan(bukan semua)....so adalah minah kampung ni sorang,sekampung ngan dier .satu ari tu family minah tu datang nak bincang sal pertunangan diorang...kawan aku sorang ni memang anak mak,so semua keputusan mak dier dia ikut walaupun dia tak kenal minah tu.....dipendek kan citer,diorang bertunang lah.....tapi lepas bertunang terbongkar lah rahsia terbesar minah tu.rupanya minah tu ada penyakit....penyakit ni senang berjangkit n tak leh sembuh.sebulan sekali mesti kene buat rawatan di Kubang Kerian.....jadi kawan aku ni tak tau nak buat ape.1st dier memang baik n tak sampai hati nk putus kan pertunangan tu.2nd dia kesian kat minah tu yang ada penyakit.3rd dia tak sampai hati nak bagitau kat parant dia tuk putus tunang....So skrg ape pendapat korang

Ni pendapat aku lar kan....sebagai bakal pasangan yang akan sehidup semati, sepatutnya minah tu berterus terang sebelum diorang bertunang.jadi si lelaki boleh pertimbang kan semula sal pertunangan tu.....pada pandangan aku, minah tu memang pentingkan diri sendiri...minah tu fikir pasal diri dia sendiri jer tapi tak fikir pun tentang diri lelaki tu.camne  hidup lelaki tu lepas diorang kahwin,memang korang dapat bayangkan sendiri.kalau lelaki tu tak nak dijangkiti,

1st mesti kene tidur berasingan.sesetengah orang kate, kan dah kahwin, mestilah kene tidur bersama.came on lar,korang yang tak der penyakit pun tak nak kene penyakit ni kan.....bayangkan daripada hidup normal dapat enjoy hidup,tetiba kene control pergaulan dengan family, adik-beradik, kawan-kawan plus kene wat rawatan sebulan sekali kat Kubang Kerian...korang nak ke hidup macam nie

2nd kalau nak wat hubungan kelamin lepas kahwin kene lar pakai kondom.hal ni memang kawan aku dah tanya ramai doktor pakar.korang jangan lar wat inocent lak,cakap sal ni bese lar.benda yang realiti kan.so kalau difikir-fikir, ape guna korang kahwin kalau nk wat hubungan pun kene control kan.tak der feel lar beb...kalau korang cakap feel tak penting,memang tipulah.orang yang tak kahwin jer leh cakap gitu....

3rd kalau lelaki tu bersedia dijangkiti tuk sehidup semati,cuba korang fikir kan macam mana nasib anak yang akan dilahirkan.tidak kah kejam tuk anak itu hidup tidak normal seperti ibu bapa nya? pergaulan terbatas, rawatan setiap bulan?tu tidak lagi difikirkan masa depan anak itu.ada ke insan yang terlalu baik untuk menerima anak malang ini? sudah tentu jawapan nya tidak.sanggup kah korang sebagai ibu bapa menerima anak ini sebagai menantu anda? kalau korang sanggup, maka korang lah insan yang paling mulia pada pandangan aku.tp kena diingat, anak tidak perlu melalui apa yang telah dilalui ibu bapanya.

4th kos untuk jalani rawatan.kalau sebulan korang kene belanjakan rm400 tuk satu individu,cuba bayangkan kos untuk 3 orang,si isteri,suami dan anak...itu baru untuk family bersaiz kecil.kalau famili besar cam aku ni,adik beradik 10 orang.....aku rasa kan lingkup.tauke balak pun leh bangkrup...gaji tak naik pun,tapi kos tuk maintain hidup makin meningkat.....merana beb.....

Kesimpulan nya kalau korang ni betul2 pasangan yang memang bertimbang rasa dan tak pentingkan diri sendiri,berterus terang lah sebelum ape2 ikatan. berilah peluang kepada pasangan anda tuk buat keputusan yang terbaik tuk dirinya dan juga tuk hubungan korang.biar takdir yang menentukan apa yang akan dan bakal berlaku...ujian tidak diberikan kepada seseorang melebihi kemampuannya...kalau korang fikir betul betul,hidup ni suatu yang miracle. setiap hari kita akan belajar sesuatu yang baru.....