Bila sebut jer pasal perempuan, rata-rata akan cakap "aku lebih penting pakwe aku dari kawan"....well that's nice. Mari tengok apa kata lelaki. Kebanyakan lelaki lebih pentingkan kawan rapat daripada pasangan. Mesti ramai perempuan kat luar sana tertanya-tanya, kenapa lelaki fikir seperti tu. Padahal pasangan lah yang bakal sehidup semati dengan dia nanti...Mesti pelik bin ajaib kan. Well, untuk pengetahuan kaum wanita, satu benda yang tak ada pada wanita yang bergelar 'aweks' yang menyebabkan kaum lelaki lebih utamakan teman daripada anda. Iaitu 'comfortablity' atau keselesaan. Terlalu banyak perkara yang lelaki lebih selesa berkongsi dengan teman daripada pasangan nya. Ta kiralah sama ada teman nya tu lelaki atau perempuan. Yang penting teman tersebut satu kepala dengan lelaki. Contohnya perkara berkenaan masalah peribadi, masalah kerja, masalah dengan pasangan, masalah kewangan, kerja, bisnes, bola, lepak even cerita pasal perkara blue. Bila aku sebut je pasal blue, korang mesti fikir perkara lain kan. Tak payah lah korang fikir yang bukan-bukan pasal aku, sebab semua lelaki tidak boleh lari daripada benda alah ni even lelaki yang bertaraf 'Gay". Bab kata pepatah, macam isi dengan kuku memang tak boleh dipisah kan.
Mesti ada sesetengan wanita yang akan cakap, "thats not fair.! kenapa tak boleh berkongsi dengan saya sebagai makwe? tak ada makna jadi makwe kalau tak boleh kongsi masalah kan" Well, girls cuba korang fikir sejenak.....aku bagi satu contoh yang mudah. Katakan tetiba pakwe korang nak cerita pasal benda blue. Maklumlah dah lama tak datang perangai gatal. Masa tu pakwe korang anggap korang macam kawan rapat dia. Jadi dia pun, dengan syok dan bernafsunya bercerita lah kat korang. So, apa korang akan fikir sebagai aweks lelaki tu. Eeee, gatal benor pakwe aku ni. Tak padan dengan sekolah agama. Nampak je baik,tapi tidak. Dan macam-macam lagi yang korang akan cakap, of course perkara yang tak elok pasal pakwe korang. Hello girls...! pakwe korang tu manusia jugak. Tak kira lah dia tu sekolah agama ke, bertaraf ustaz ker, imam ker, bilal ker, atau apa-apa lah yang korang nak cakap, yang penting semua manusia ada nafsu. Bila dah tau manusia ada nafsu, benda-benda macam tu dah tak boleh nak elak dah. Memang dah naluri lelaki begitu. Sebab tu lelaki akan choose the right person, the right time and the right place untuk bercerita. Siapa lagi yang lebih sesuai kalau tidak teman rapat. Mungkin ada korang yang cakap, aku tipu. Ada yang cakap 'Pakwe aku tak pernah pun cakap benda-benda macam tu'. Memang lah tak pernah cakap kalau duduk depan korang. Mana ada lelaki yang nak tunjuk gatal dengan aweks dia kan. Lagi pulak mana korang tau yang pakwe korang tak pernah cakap benda-benda tu. Korang pernah tanya? Kalau tanya pun, pakwe korang tak kan bagitau punyer. Percayalah. Alah, macam lah korang tak tau mulut lelaki ni. So sekarang korang nampak tak apa beza korang sebagai aweks dan sebagai teman. Tu contoh paling simple aku bagi.
Apa kata kalau si lelaki cerita kat pasangan (wanita) dia pasal masalah peribadi? Tak mungkin. Lelaki memang tak boleh dipisahkan dengan sikap ego nya. Tak kan si lelaki nak tunjuk dirinya banyak masalah depan pasangan nya kan. So nak tak nak dia akan cari teman rapat untuk bercerita. Dan percaya lah, wanita akan rasa cepat boring kalau si lelaki asyik bercerita pasal masalah peribadi jer kat dia. Mungkin kat luar korang tak tunjuk yang korang boring, tapi dalam hati korang akan cakap 'apa pakwe aku ni, tiap-tiap kali jumpa, cerita pasal masalah dia. tak ada benda lain ker nak cerita'. Dah kat siapa lagi si lelaki nak cerita kalau bukan kat makwe nya. Bila makwe dah tak nak dengar pasal masalah si lelaki, lelaki akan cari teman untuk bercerita. So jangan pulak kaum wanita marah bila lelaki lebih pentingkan teman daripada korang.
Kalau masalah gaduh dengan pasangan pulak? Tak kan si lelaki nak bercerita kat pasangan dia. Silap haribulan, naik mangkuk atas kepala. Last sekali ,putus. Masalah kerja dan bisnes jarang wanita berminat, so teman pilihan utama. Berkenaan bola, hanya peminat bola yang jadi pilihan. So kalau korang aweks yang minat bola, korang memang beruntung. Pakwe korang akan banyak luangkan masa dengan korang berkenaan bola. Sebab lelaki dan bola memang tak boleh dipisahkan. Tapi aku tak minat bola, sori guys. Satu lagi yang susah pasangan (wanita) nak terima dari lelaki ialah cara gurauan lelaki. lelaki ni kalau bergurau, siap kutuk-kutuk dengan teruk. kadang kadang sindir sinis sampai kawan terasa hati. Kadang-kadang raba punggung. Kadang-kadang pukul- pukul tapi bukan pukul betul lar. Lelaki memang begitu dan perempuan tak akan boleh terima benda-benda macam ni. So pilihan lelaki, tak lain tak bukan teman rapat. Bila aku sebut raba punggung, jangan pulak korang fikir, lelaki ni ramai yang gay. Biasa lah lelaki, raba punggung tu dah dikira mesra kawan. Macam perempuan jugak, pegang-pegang tangan. Tak kan korang pun lesbian kot. Basic nya sama jer.
Kalau wanita (pasangan) di luar sana nak diutamakan oleh si lelaki, mudah jer. Korang jadi lah aweks dan juga teman kepada si lelaki tersebut. confirm, pakwe korang akan pilih korang dari teman dia. Tapi masalah nya, boleh ker wanita jadi teman kepada pasangan nya? Korang fikir-fikirkan lah. Alangkah beruntungnya aku, kalau dapat aweks macam tu. Time kapel, jadi aweks. Dan time ada masalah nak kongsi, boleh jadi teman. Fleksible kan. So tak ada sebab pakwe korang nak cari orang lain untuk kongsi masalah.....Timbul pulak satu lagi soalan, ada ker pasangan(wanita) yang macam tu? Setakat yang aku jumpalah, memang tak ada. Oleh kerana pasangan(aweks) dan teman tak akan sampai bila-bila pun sama......maka, teman memang terlalu penting buat lelaki....So bagi wanita yang bergelar aweks, bila korang tahu realiti ni, jangan korang marah bila pakwe korang lebih banyak keluar dengan teman berbanding dengan korang....
No comments:
Post a Comment