Friday, February 11, 2011

Ibu Bapa Moden

Zaman sekarang, kerja adalah satu kemestian. Tak kiralah sama ada laki mahupun prempuan...Bagi aku orang yang tak bekerja dalam keadaan ekonomi begini, adalah orang yang kurang cerdik dan ketinggalan....Pasangan yang kedua-dua nya bekerja, ekonomi mereka lebih kukuh....tapi berhati-hati. sudah terlalu ramai parent yang sanggup menjual masa depan anak sendiri....korang jangan salah tafsir pulak.nanti aku jelaskan....

Berdasarkan pengalaman aku, ramai parent yang bekerja tak ambil tahu berkenaan anak sendiri (kepada yang berkenaan sahaja). yang diorang tahu hanyalah cari duit jer.tak kira pagi ke petang ke siang ke malam ke, yang diorang nampak hanyalah duit.maklumlah diorang nak bawak duit tu masuk kubur. mana tau kot2 ada orang jual rantai emas masa dalam kubur nanti kn.eh, nanti kalau korang mati, anak korang jugak yang dapat duit yang korang kumpul tu,tau tak...anak sendiri orang gaji yang jaga..korang tak pelik ke, anak sendiri tapi orang lain yang uruskan..prempuan bekerja memang macam tu,buat anak pandai tapi jaga tak pandai..kalau tak tahu nak jaga, lebih baik tak payah beranak.kesian kat anak yang tak bersalah....memang duit tu penting, tapi tak kan sebab duit anak diabaikan. anak kan lebih penting dari duit. nanti kalau korang dah jadi tua, yang nak jaga korang tu, anak korang jugak kan. dan korang kena ingat anak tak dijual di pasar, kat kedai pn tak der.

Bila dah diabaikan sejak kecil lagi, yang akan dapat masalah adalah guru.dah lar anak tu tak pandai, pemalas  ditambah pulak perangai nya yang tak macam manusia...setiap kali ada kelas, selalu ponteng. bila keputusan periksa keluar, mesti parent budak tadi datang ke sokolah. complain pasal cikgu yang ajar anak diorang..kononnya cikgu tu tak pandai mengajar....aku rasa memang parent tu tak betul lah.diri sendiri tak betul, nak salahkan orang lain...anak dicorakkan oleh ibu bapa bukan guru. guru cuma membimbing je...cuba korang fikir, kalau dalam satu kelas tu ada 40 orang pelajar, tak kan anak korang je nak cikgu tu beri perhatian. anak orang lain macam mana? tak kan korang tak fikir....kalau sorang anak pun tak dapat nak jaga, cuba korang bayang kan macam mana cikgu jaga 40 orang pelajar.? satu lagi parent tu kene ingat, yang bayar gaji cikgu bukan dier tapi kerajaan....cikgu tolong jaga tu pun dah kira baik, tapi masih lagi tak bersyukur. cikgu jugak diorang salahkan.

Satu lagi, kepada parent2 kat luar sana, sebelum korang hantar anak korang ke sekolah, tolong pastikan anak korang memang betul2 minat nak belajar. kalau dah memang tak minat nak belajar, hantar je ke pusat kemahiran. Jangan dipaksa, nanti memberontak anak tu. korang jugak yang susah....Banyak masalah yang timbul kalau korang hantar jugak ke sekolah. budak yang tak nak belajar biasanya akan buat bising dalam kelas semasa pmp, ganggu kawan2 yang nak belajar, menyusahkan guru, ponteng kelas, merosakkan harta sekolah dan banyak  lagi. Mesti korang tertanya-tanya kenapa jadi macam tu. sebabnya korang tak  ambik peduli langsung pasal anak tu. adab bergaul korang tak ajar, anak buat salah pun tak berani nak marah. konon nya sayang anak. sayang tu biarlah kena pada tempatnya. sebab tu lah ramai anak-anak membuang ibu bapa ke rumah orang tua. adab yang sepatutnya di ajar di rumah tidak di ajar oleh parent diorang. jangan anak itu disalahkan, tapi diri korang patut disalahkan....mana duit yang korang bangga2kan masa korang kerja dulu? boleh ke duit tu tolong korang masa tua? tak kan. kalau korang sedar realiti macam tu, start lah caring tuk anak2 korang. tak rugi untuk masa depan.....sebab anak adalh harta dunia dan akhirat....

No comments:

Post a Comment