Post ni aku tulis khas berkenaan 2 benda alah kat atas tu....sebab ramai yang keliru dan tak tahu yang mana satu come first. So kat sini ada dua dilema, duit atau sayang yang lebih diutamakan. Dalam kedua-dua benda alah nie, tak ada satu pun yang come first. Dua-dua come first mengikut 'keadaan' dan mengikut 'ciri orang tersebut'.
Sekiranya korang tengok keadaan / situasi sekarang, taraf hidup makin tinggi, kerja makin susah(bagi yang kurang pandai), ekonomi negara tengah merudum, persaingan makin kuat. Dalam keadaan begini, duit lebih menjadi keutamaan. Mesti korang tanya kenapa kn? Aku teringat cerita kawan (perempuan) kat kampung aku. Dia ni orang miskin, sulong dan kerja sebagai tukang jahit. Perempuan ni ditakdirkan suka kat seorang pemuda ni, muka hensem tapi tak bekerja. Rupa perempuan ni pun cun dan lelaki pun terpikat. So bila perkataan lov tak lekang dari bibir, diorang pun kahwin. Dua tiga bulan pertama ok lagi, sebab perempuan tu ada kerja dan tak ada anak lagi. Masuk bulan ke 6, si isteri hamil,kerja pun jadi kurang. So income mula merosot. Mula lah timbul masalah kewangan sedikit demi sedikit. Masalah tu jadi ketara bila dah ada seorang anak. Dipendekkan cerita, sekarang ni semua perkataan sayang yang pernah diucapkan dulu, tak sanggup lagi singgah dibibir si isteri mahupun si suami. Masing-masing cuba salahkan pasangan. Si isteri salahkan suami sebab tak bekerja, si suami pulak salahkan isteri sebab cepat sangat beranak. Salah siapa sebenarnya? Dua-dua pun salah sebab pilihan utama adalah rupa. Diorang ingat dengan rupa yang hensem dan cun boleh buat diorang bahagia. Rupa-rupanya sekarang baru mereka sedar bahawa barang keperluan harian tak boleh dibeli dengan rupa yang hensem atau cun. So dalam hal ni duit come first. Cuba kaji dulu kemampuan ekonomi korang sebelum buat pilihan. Memang ada sesetengah, yang tak setuju. Diorang kata semua ni nonsense (esp student yang masih dalm dilema cinta monyet). Memang lah nonsense sebab korang tak merasa lagi macam mana merana nya bila tak ada duit, susahnya nak dapat kerja dan letihnya bila dah bekerja. Apa tidak nya, duit belanja mak ayah yang bagi. Nanti bila korang kahwin atas sebab rupa, baru orang sedar sama ada benda ni nonsense atau non-sen. Mereka yang merupakan anak orang kaya yang tak ada masalah kewangan dikecualikan....Jadi kalau korang tahu yang korang ni memang famili yang miskin atau pendapatan sederhana, buatlah pilihan yang tepat. Cari pasangan yang at least ada kerjaya tetap. Duit no 1 dan sayang no 2. Ada duit, automatik sayang tu datang. Sebab sayang ni boleh dipupuk...
Macam mana pulak dengan ciri ciri orang.? Yang ni bagi yang berkenaan sahaja. Katakan korang ni dah ada kerjaya tetap, income pun boleh tahan. Nak kata kaya tu tak jugak, cukup untuk hidup senang. Masalahnya korang kapel 5 6 kali tapi satu pun tak melekat. Usha bagai nak rak, pun tak dapat juga pasangan yang setia dan ikhlas untuk sehidup semati. Orang yang seperti ini akan meletakkan sayang first, then baru duit. Sebab baginya duit tak ada masalah. Yang susahnya untuk cari pasangan hidup. So tak kisah lah pasangan tu ada kerja ataupun tidak, orang seperti ini lebih pentingkan perhatian daripada pasangan. Tapi kalau dapat pasangan yang juga bekerja, merupakan satu bonus buat orang seperti ini. Sayang dapat, ekonomi pun kukuh.
Ada yang kata, kalau kahwin atas dasar duit, tak semestinya menjamin kebahagiaan. Aku akan cakap, kalau kahwin atas dasar sayang pun belum tentu juga bahagia. Aku ada banyak contoh kalau ada sesiapa yang masih lagi ragu dengan pendapat aku. halloo brader, korang bukan lagi hidup pada zaman batu. Masa tu barang beli dengan sistem barter. Sekarang dah zaman moden, duit ada, semua korang boleh dapat. Sayang pun boleh dibeli dengan duit. Kalau tak percaya, cuba korang bagi rantai emas kat pasangan korang. Mesti pasangan korang akan cakap 'sayang u'. Perempuan pula tak payah lar korang nak nafi kan benda ni. Cuba tengok kat badan korang tu, ada tak perhiasan emas? kalau ada yang menolak bila diberi emas, memang kurang siuman lar perempuan tu. Cari jer yang lain. Aku pun nak kalau orang nak bagi emas free. Mana ada dalam dunia ni orang yang sanggup bagi emas free kat orang yang tak dikenali kn. Sebenarnya bahagia ni akan datang dari sikap tolak ansur dan memahami antara pasangan. lepas kahwin, pandai-pandai lah korang cari cara macam mana nak kekal kan rumah tangga. Takkan tu pun nak aku bagitau kot....
No comments:
Post a Comment