Wednesday, February 23, 2011

Betulkah Tinted Gelap Lebih Panas?

Baru-baru ni JPJ seluruh negeri ada buat road block untuk kesan kenderaan yang menggunakan tinted gelap. Sebut jer pasal tinted, baru-baru ni aku ada terbaca komen dekat internet, lupa pulak laman web nya. Antara komen nya ada menyebut bahawa kenderaan yang tinted gelap ni lebih panas berbanding kenderaan yang tak tinted. Ramai yang agree. Tapi sekali aku baca aku dah tergelak besar. Reader yang komen tu nak berlagak pandai tapi tak jadi. Ada ker dia cakap kenderaan yang tinted gelap lebih panas? Dimana logic nya? Berdasarkan apa yang aku balajar, reader tu tersalah guna konsep serapan haba.

Biar aku jelaskan. Warna gelap dari segi kadar serapan haba lebih tinggi daripada warna putih (cermin). So, haba dari matahari akan diserap oleh tinted gelap. Maknanya, haba dihalang daripada sampai ke permukaan dalam kereta seperti dashboard. Bila haba tidak sampai ke permukaan alam kereta, maka keadaan suhu dalam kereta kurang panas sebab kepanasan telah diserap oleh tinted gelap...Jadi yang panas adalah permukaan cermin kereta, bukan keadaan dalam kereta. Berbanding kereta yang tidak ditinted gelap, haba dari matahari akan sampai ke permukaan dalam kereta secara terus / direct tanpa dihalang oleh cermin (tak ditinted). Jadi haba akan diserap oleh permukaan dalam kereta menyebabkan suhu dalam kereta panas. Cuba korang letak kereta tanpa tinted dan kereta yang tinted gelap kat tengah panas, then lepas sepuluh minit, try masuk dalam kedua-dua kereta tersebut. Korang akan dapati suhu dalam kereta yang ditinted kurang panas berbanding kereta yang tak ditinted. Itu lah konsep yang sebenarnya. Yang reader tu tulis, pasal haba yang diserap oleh cermin. Hallo...kita orang bukan nak duduk atas cermin kereta, tapi dalam kereta lah...Apalah punya reader, tak belajar ker? ni mesti tak lulus sains ni....Nak kata tak lulus  tu melampau sangat, mgkn tak dapat A ni.

Tujuan kenderaan ditinted gelap adalah untuk menambahkan tempoh masa haba sampai ke permukaan dalam kereta, supaya suhu dalam kereta lambat panas. Konsepnya sama dengan lapisan ozon bumi. Lapisan ozon menyerap sebahagian besar haba dan sinar UV. Kalau ozon tak ada, maka hidupan akan mati kepanasan. Begitu juga dengan tinted gelap. So, sekarang harap dah clear....

No comments:

Post a Comment