Saturday, February 12, 2011

Hidup Terlalu Susah?

Pernah tak korang rasa yang hidup ni terlalu susah bagi korang? kadang2 ada rase tak fair, sebab orang lain senang jer hidup, kerja mudah dapat, kewangan tak sangkut, family spoting, adik-bradik cool dan sewaktu dengannya. sebelum korang set kan mind korang macam tu, aku harap korang cuba renungkan apa yang tertulis kat bawah.

1st masa dalam alam sekolah korang ni bukan golongan yang pandai. bila dapat result, semua cop raja korang ada dari E hingga C.Dapat B pun jarang2 jer. Tu pun sebab meniru kawan sebelah sampai nak keluar biji mata. A pulak jangan nak berangan lar, tak kan dapat punyer....Masa pmp selalu kena marah dengan cikgu. kawan sebelah korang pulak sekali pun tak pernah kena marah, cikgu puji adalah. mana aci, kalau ditanya soalan susah. Ada ke tanya 4+(-5)? macam mana anak buat kalau dua-dua operasi ada kat tengah? tak betul ke apa cikgu ni, atau mungkin cikgu silap bagi soalan kot. tp tak kan cikgu tak perasan. tak mungkin, tak mungkin. last skali kena denda berdiri atas kerusi sampai habis masa....memang tak fair. Eh kawan, bukan soalan tu yang susah cuma ko je yang kurang pandai. Soalan tu bukan main senang lagi, kacang jer beb. budak sekolah rendah pun boleh jawab..tapi nak buat macam mana, ko memang kurang pandai. cuba fikir balik, lepas balik sekolah, mesti korang pergi main kan. yang laki ada yang main bola, lastik burung, mengail. yang prempuan pulak aku tak tau....korang fikir lar sendiri..point aku kat sini, walaupun kat skolah korang lembap, tapi korang ada life...orang yang pandai pulak, kena bagi komitmen yang tinggi pada skolah dan parent.apa tidaknya kalau dah jadi student harapan. hampir setiap jam mengadap buku. Korang boleh ke terima life macam tu? tak ada life kan.kalau yang pandai tu mungkin boleh, tapi bagi yang sama spesis dengan aku ni (kurang pandai), rasa nya korang memang 100% tak leh terima kan.so masih fair kan....

2nd bila dapat result spm. punya lah teruk result korang, sampai nak apply universiti pilihan pun tak dapat. apa lagi course yang korang minat, jauh sekali....5 6 kali apply baru lah dapat. tu pun bukan universiti pilihan. nak tak nak terpaksa masuk jugak ke universiti tu. kawan yang pandai, sekali jer apply terus dapat masuk matrikulasi. masa zaman aku matrik ni memang top lar. semua orang berebut nak masuk. pendek kata ramai yang cerdik pandai belajar kat matrik (1 tahun study). yang kurang pandai pulak masuk universiiti (3 tahun study). nak apply matrik jugak? tak payah berangan lah korang, memang confirm tak kan dapat punyer....memang tak fair, discriminasi betul. tapi betul ke matrikulasi ni bagus??? ni fakta yang aku nak bgitau korang. matrik punyer tekanan lagi tinggi berkali ganda dari universiti. kalau korang tak mampu tahan, tolong jangan apply. masa korang belajar memang singkat, save umur, tapi kena ingat sijil matrik tak laku kalau nak mintak kerja. sijil tu laku untuk masuk universiti jer, tu pun kalau korang dapat pointer bagus. kalau pointer 2.9 ke bawah tu, kena lelong lar beb...silap haribulan masuk universiti yang tawar course mengarut ynag memang terang2 tak ada peluang kerja. lagi lah bengang kan. untuk pengetahuan korang, batch aku ramai kena lelong termasuk aku sendiri masa tu pointer aku 3.3 jer. sedih giler...matrik punya course umum, so lapangan kerja korang memang tak der dalam list kerja. tapi kat U, course dah spesific, hala tuju kerja pun dah tau. so fair lah kan. bila dah jadi macam ni, korang fikir siapa yang lebih pandai? dah tau kan jawapan nya. jadi jangan pandang rendah pada diri sendiri.....

3rd semasa mencari kerja...pernah tak korang fikir, "asal aku susah sangat dapat kerja? " sedangkan kawan2 korang yang bodoh tahap cipan pun dah dapat kerja. mesti ada yang tak kena. tapi apa yang tak kena sebenarnaya? yang tak kena dengan diri korang adalah sebab korang ni budak pandai. korang mesti pernah dengar bahawa orang yang susah akan dapat bantuan, orang yang dianiaya akan dapat pertolongan, orang yang jahat akan dapat balasan dan yang sewaktu dengannya. tapi pernah tak korang dengar orang senang akan dapat bantuan? tak pernah dengar kan dan tak mungkin akan berlaku selagi dunia ni masih normal. Dalam hal kerja, pertolongan yang aku maksudkan adalah pertolongan Allah. mesti korang cakap tak logik sebab Allah kan tolong semua orang. tak kan lah Allah tolong orang bodoh jer, abaikan orang pandai. bagus lar soalan korang ni. habis korang jadi pandai tu, korang rasa siapa yang tolong? tak kan korang dah pandai sejak dari lahir kot. lagilah tak logik kan. orang pandai Allah tolong masa alam sekolah, sebab tu korang jadi pandai sekarang. orang tak pandai pulak Allah tolong masa cari kerja sebab dia memang tak pandai. nak cari kerja pun tak tau apa patut buat. so Allah guide lar sampai diorang dapat kerja. orang pandai ,otak korang yang pandai tu yang guide korang. otak yang Allah berikan ilmu masa korang kat sekolah dulu. sebab tu Allah tak guide dah korang. jadi korang rasa fair tak?

4th masa tengah kpel. sebab apa ramai yang rasa susah kapel. bukan susah untuk cari pasangan kapel, tapi susah untuk maintain kan hubungan korang. pernah tak korang perasan hal ni? ramai kawan-kawan aku yang alami masalah ni...kerap jugak kitorang discus tuk cari sebab. bila dah jumpa sebab baru sekarang ni dapat maintain kan diorang nyer hubungan. susah kapel sebab korang hemsem \ cantik. automatik pilihan korang mesti yang sepadan dengan korang jugak. kalau tak, korang akan rase malu, kan. orang yang hensem / cantik,demand nyer tinggi. memang tak boleh dinafikan. cuba korang tanya hati sendiri betul ke tak. nak ke korang kapel dengan pasangan yang tak seberapa? nanti macam2 orang kata kat belakang. korang bukan tak tahu mulut manusia ni. tak leh duduk diam. Lepas tu mulalah nak cari yang lebih cantik. sebab tu tak dapat maintain hubungan. Pasangan hemsem / cantik yang kekal kapel sampai kahwin, adalh yang sanggup buang sifat 'perasan lebih' @ 'bajet cun' pada diri mereka dan sanggup terima pasangan seadanya. walaupun  ramai yang mengata pasangan mereka.(Yang ni untuk siapa yang perasan hensem / cantik jer. yang tak berkenaan, terkecuali). Cuba korang bandingkan, orang yang kurang sikit rupa parasnya. mereka ni lebih lama kapel dan maintain dalam hubungan mereka. sebab mereka ni sedar rupa mereka, mereka tau hargai pasangan mereka. Sekali kapel berterusan, tak payah nak tukar-tukar pasangan. mudah kan...so masih lagi fair. Orang yang kurang rupa lebih mudah kapel berbandig orang yang perfect rupa parasnya...

Kalau ikut kan hati, banyak lagi yang aku nak tulis. tapi malas da, dah boring ngadap depan pc jer dari pagi tadi. Apa pun, dalam hidup tak ada sebenarnya istilah "TAK FAIR". Cuma korang tak tahu jer kat mana fairnya. Kalau korang fikir secara positif, korang akan nampak dimana fair nya. Korang mesti ingat, bahawa manusia akan diuji dengan kesenangan dan kesusahan. pertama senang dulu tp susah kemudian. kedua susah dulu tapi senang kemudian. yang mana satu pilihan korang. pilihan aku yang kedua....sebab tu aku senang hati bila aku susah sekarang, sebab aku tau aku akan senang kemudian. so kalau korang tengah dalam kesusahan sekarang, korang patut bersyukur. sebab kesenangan menanti korang dihadapan. sabar tu kena lebih beb....usaha kena ada, sebab setiap usaha yang bersungguh, telah pun Allah janjikan dengan kesenangan....sama ada cepat atau lambat jer....ingat tu.

No comments:

Post a Comment