Kalau difikirkan masa zaman sekolah dulu,memang sakit hati...kawan satu kelas aku semua nya pandai.aku jer yang kurang pandai.nak kata tak pandai tu,melampau sangat.....lepas result spm keluar,hampir semua kawan aku dapat straight A.maklumlah kelas depan....cuma aku jer yang ada B dan D.mungkin cikgu silap letak aku dalam kelas depan tu....Persoalan nya kat sini,betul ke orang yang dapat A's tu pandai.?Lama dah aku fikir pasal benda alah ni.then satu hari aku dapat jawapan selepas sekian lama buat pemerhatian dan kajian....
Berdasarkan kajian aku,hampir 95% orang yang pandai dalam pelajaran sebenarnya tak pandai (5% lagi terkecuali)...Bahkan tahap pemikiran diorang ni lebih rendah berbanding dengan orang yang lemah dalam pelajaran....sabar dulu,jangan naik angin dulu.korang dengar dulu apa yang aku nak bagitau....aku tak paksa korang terima apa yang aku nak bagitau,tapi ni adalah realiti...kalau korang tak nak terima,terpulang lah kat korang....Cuba korang tengok kawan korang yang dulunya memang tak pandai belajar,dengan erti kata lain yang lebih mudah 'bodoh'....sekarang apa kerja diorang?ramai daripada mereka yang korang kata bodoh dulu lebih berjaya dalam kerjaya berbanding yang pandai,betul tak....pandai di sekolah tidak bererti pandai ketika dewasa.
Ada yang dulunya dapat D dan E setiap kali result keluar,tapi sekarang dah jadi cikgu (kawan aku).Yang tak dapat kerja kerajaan pulak,bukak bisnes sendiri.contohnya jiran sebelah rumah aku.kerja dia jual air tebu jer...maju tu beb....lebih kaya daripada yang kerja kerajan.apa tidaknya kalau duit masuk RM300 sehari.cuba korang hitung pendapatan bulanan diorang...kalah gaji korang yang kerja kerajan tu...korang jangan pandang rendah orang yang kerja sendiri ni sebab kebanyakan yang kerja sendiri lebih senang daripada yang kerja makan gaji.so kepada mereka yang kerja makan gaji tu,tak payah lah korang berlagak sangat.memang nama pekerjaan korang tu best,tapi duit korang tak der beb....cuba korang fikir berapa ratus duit bersih yang korang boleh simpan sebulan...daripada kajian aku,bagi yang dah berkeluarga paling banyak pun boleh simpan Rm1000 sebulan kalau gaji Rm3000 lebih.tu pn jenis yang kedekut giler....tak termasuk bayar pinjaman lagi tu....kalau yang kerja sendiri pulak,pinjaman setakat rm500 sebulan tu kecik jer beb...bayangkan income 5,6 ribu sebulan....Bagi orang yang pendapatan kecik macam aku ni,jumlah tu besar bagi aku....kalau korang anak orang kaya,aku tak leh nak cakap apa2 lar kan.tapi yang kaya tu parent korang je,bukan korang....diorang yang kerja sendiri ni boleh simpan 2,3 ribu sebulan.banyak tu....
Cuba korang tengok kawan korang yang kerja kerajan, kerja makan gaji....seksa beb (kecuali pegawai petronas).akhir bulan jer,duit tak der.mula lah cari kawan yang kerja sendiri nak pinjam duit...korang tak malu ke.korang belajar dapat straight A,budak pandai,top 10 kat skolah.dah kerja pn masih tak cukup duit.sebab korang terlalu bergantung kepada kerja makan gaji yang korang anggap 'hebat' tu....kalau belajar tinggi-tinggi hanya tuk kerja makan gaji je,baik tak payah blajar tinggi...ada kawan aku sorang ni belajar sampai degree,tp kerja bawah orang yang lulus spm jer...malu muka beb...sekurang-kurangnya, dah dapat result bagus korang bukak lah bisnes sendiri.korangkan budak pandai...tak gitu.?orang yang belajar sampai form5 pun gaji lagi hebat daripada korang.ada yang bukak company sendiri,ada yang bukak butik sendiri.inikan pulak pelajar lulusan universiti cam korang....tak payah lah korang mengharapkan gaji bulanan tu,tak cukup beb....taraf hidup makin tinggi,harga barang makin naik,keluarga makin besar,belanja pun jadi besar.padahal gaji korang tak der lar naik tinggi sangat kalau nak dibandingkan dengan pergerakan taraf hidup sekarang.nak tak nak kenalah jugak bukak bisnes,baru boleh hidup senang walaupun tak kaya....sebab tu bagi pendapat aku orang yang dapat A's tu sebenarnya tak pandai.bagi aku istilah pandai bukan diukur semasa zaman sekolah tapi bila dah bekerja.ha,masa tulah baru korang dapat lihat siapa yang betul2 pandai,dan siapa yang bodoh....kalau korang masih lagi berpendapat orang yang dapat A tu pandai,aku tak kata pendapat korang salah.cuma bagi aku korang masih lagi tidak matang dalam berfikir...
Aku bagi contoh beberapa orang kawan aku yang pandai...Kawan aku si H ni sejak dari sekolah rendah lagi tak pernah dapat C.hanya A dan B jer.PMR dan SPM dapat straight A....Lepas buat degree,dapat kerja sebagai guru.Guru?mak aii....dia ni guru cemerlang tp duit selalu tak cukup padahal gaji dah mencecah 5 ribu lebih (1 masalah).sebagai kawan baik aku bagi cadangan kat dia supaya bukak bisnes.bila aku bagi cadangan tu, dia cakap tak tahu nak buat bisnes apa (1 lagi masalah).cuba korang fikir secara logik.tak kan seorang pelajar cemerlang tak tahu nak uruskan duit...?plus tak tahu nak bukak bisnes apa untuk tambah pendapatan....kalau macam ni lah guru cemerlang, nampak nya kena tukar kepada 'guru temberang' baru sesuai....Kawan aku yang sorang lagi si R.kebetulan guru cemerlang juga.pakar dalam bidang matematik.kahwin dengan seoran perempuan yang tak bekerja (1 masalah).sekarang sedang buat rumah sendiri dengan duit pinjaman.timbul pulak masalah kos buat rumah lebih tinggi daripada pinjaman yang dibuat (1 lagi masalah).dia juga ada bisnes tuisyen, kelas untuk darjah 6.baru setahun bukak,tambah lagi 2 kelas untuk darjah 5 dan 4.gaji tenaga pengajar tak dapat bayar sebab tampung kos buat rumah (1 lagi masalah).dia juga tolong set up kan bisnes untuk isteri nya yang tak bekerja.jual bekas makanan plastik.sekarang bisnes tu tak jalan sebab isteri dia malas (1 lagi masalah).maklumlah isteri dia anak bongsu.kebanyakan anak bongsu memang pemalas....cuba korang renungkan,logik ke orang pandai cari isteri yang tak bekerja.itu kurang pandai nama nya.sama je dengan bunuh diri (kias).dulu kahwin sebab cinta.cinta kalau tak der duit merana lah jawab nya.sekarang cinta entah kemana,sayang entah kemana,asyik gaduh jer.sebab tak cukup duit.memang menyesal dia sekarang...isteri pula tak faham keadaan ekonomi suami.dalam keadaan tak ada duit sempat lagi plan nak pergi holiday.malang sungguh nasib R,dah lar isteri tak bekerja,pemalas,menyusahkan pula.nak buat macam mana R,dah pilihan kau....fikir lagi,pakar matematik tp tak dapat nak selaraskan kos rumah dan pinjaman = pakar matemtik cap ayam...masalah tuisyen pula,tamak punyer pasal gaji cikgu tak dapat nak bayar....cukuplah 2 contoh tu.banyak lagi sebenar nya.tapi tangan aku dah nak krem da ni.kalau macam ni lar pelajar cemerlang yang korang anggap pandai,memag korang tak matang....
Apa yang aku bagitau korang ni bukan sebab aku nak backup orang yang kurang pandai belajar...aku pn kerja makan gaji jugak.sebab tu aku tahu keadaan orang yang makan gaji.takkan kita yang ada degree ni, gaji lebih rendah daripada orang yang hanya lepasan spm je.tak logik kan...aku nak korang bukak mata dan fikir lebih jauh.terutamanya kepada adik-adik yang masih lagi lali dengan dilema cinta di Universiti..sedarlah bang oi.kalau korang tak der duit,prempuan pn tak nak kat korang.prempuan yang aku maksudkan ni,yang berfikir macam aku ni.kecuali prempuan kampung yang memang tak pentingkan duit dan hanya pentingkan cinta (kononnya).padahal dia tak sedar kalau duit tak der,laki bini pun boleh bercerai.tak kan hidup nak makan pasir kot.time tu barulah korang sedar bahawa ungkapan seperti "i lov u forever" atau "i akan sehidup semati dengan u" atau "duit bukan segala-galanya" hanyalah BULLSHIT semata-mata....Korang kena ubah cara pemikiran bahawa duit adalah segala-galanya.zaman dah berubah beb...bila aku cakap macam tu,jangan pulak korang giler cari duit sampai abaikan ibadah...tak kenalah macam tu.buatlah apa yang patut dengan cara yang halal...bila ada duit semua akan datang secara automatik.sama ada perempuan,kasih sayang,cinta,kawan dan yang sewaktu dengannya....semua perempuan mata duitan.aku tak benci perempuan tapi aku cakap perkara sebenar.kalau korang tak percaya cuba korang bagi emas kat perempuan,tak kiralah cincin ke gelang ke rantai ke.confirm diorang ambik.memang tak ader yang akan menolak punyer.....itulah perempuan, memang sinonim dengan duit.bila sebut jer perempuan,mesti nampak duit...kalau ada perempuan yang cakap dia bukan jenis mata duitan,aku boleh cakap, korang memang penipu besar....baru kahwin,dah mintak cincin emas.tu tak termasuk lagi wang hantaran.ada yang memang tak sedar diri tu,mintak wang hantaran tinggi.kalau muka tu lawa,ok lar jugak....macam siti nurhaliza ke fasha sandha ke.... halo,prempuan....ada laki nak kat korang pun kira mujur,tau tak.tak payah lar nak demand tinggi sangat.korang kena sedar yang laki sekarang ni semakin kurang ,prempuan pulak bertambah ramai....kalau korang demand tinggi,berlambak lagi perempuan kat luar sana yang jauh lebih baik dari korang....so cuba control korang punyer mata duitan tu...
Aku bukan pandang rendah kepada kerja makan gaji, aku pn tak bangga aku kerja makan gaji tp aku respect orang yang boleh berdiri atas kaki sendiri (berdikari) yang sanggup ambil risiko untuk kerja sendiri....korang bukanlah orang bodoh sebab dapat result yang teruk, tapi itu lah permulaan korang jadi orang yang paling pandai....so jangan rasa rendah diri sebab result tak elok, bersyukurlah sebab korang sudah ditakdirkan untuk berjaya....
No comments:
Post a Comment