Bila sebut jer pasal guru,ramai yang berfikir bahawa guru ni kaya. Bukan setakat kaya jer tapi kerja mudah, cuti pun banyak, ada rumah guru (quarter) disediakan, gaji pun tinggi...ish,kalau korang lah, korang nak tak kerja macam ni? kalau aku lah yang jadi guru memang beruntung. sebab tu lah sekarang ramai yang bercita-cita nak jadi guru. habis jer spm, tanya nak jadi apa? ramai yang jawab nak jadi guru..setiap tahun ramai yang ambil ujian KPLI.yang bagi jawapan lain tu,korang terkecuali lah.....Oleh kerana kawan2 aku ni ramai yang jadi guru, aku pun minat nak jadi guru, so aku discus lar dengan diorang pasal kerjaya ni....mula2 tu aku memang suka plus curius nak tahu.tapi semakin lama aku discus,mind set aku pasal guru semakin berubah....sedikit-sedikit anggapan aku pasal guru ni dikikis.....sekarang barulah aku tahu bahawa GURU adalah insan yang MALANG (sekolah elit tak di ambil kira)..mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku cakap macam ni....ni aku nak kongsi dengan korang pandangan aku pasal GURU...
kalau korang nak tahu, guru bukan lah golongan yang kaya macam yang korang fikir.kalau korang tak percaya,cuba korang tanya mereka yang jadi guru.semua nya berhutang....bukan dengan along tapi dengan bank.kalau betul guru ni orang yang kaya,tak perlu pun berhutang sampai ratusan ribu...korang ingat best ke berhutang dengan bank? kalau pinjam 100 ribu.confirm kene bayar lebih, contoh nya bayar 130 ribu...30 ribu banyak tu beb...korang sanggup ke bagi 30 ribu free jer kat orang yang korang tak kenal.kalau aku lah usah kan 30 ribu, RM1 pun aku aku tak kan bagi tanpa sebab....lain lah orang yang kita kenal kan,macam famili ke, kawan ke, mak we ke.tu pn kadang-kadang kena fikir 2 3 kali jugak.bukan sebab kedekut, tapi sebab income tak seberapa....nak bagi kat orang pun agak-agak lar,kene lah pandai reserve tuk diri sendiri dulu.tak kan lah korang sanggup ikat perut semata mata nak belanja orang kan....tu lar realiti nya.nak tak nak terpaksa jugak berhutang.tiap-tiap bulan duit habis bayar pinjaman....tapi ada yang cakap ramai yang kerja guru ni,ada rumah besar.yang tu betul,aku tak nafikan...kalau rumah besar, kereta besar, bini besar tapi duit tak der, nak buat apa kan...lebih baik bersederhana tapi ada duit untuk hidup senang (bukan kaya)...rumah besar bukan ukuran seseorang tu kaya.sama jugak dengan manusia.rupa cantik bukan bermakna perempuan tu baik...jangan tertipu dengan dunia.so kalau jadi guru, korang jangan mimpilah nak jadi kaya.duit gaji cukup untuk hidup jer...
Bila sebut pasal gaji,percaya lah gaji guru tak sebanyak yang korang fikirkan.....aku tahu korang memang tak setuju dengan aku kan...kalau korang nak marah aku,marah lah.tapi sebelum tu biar aku jelaskan dulu....untuk pengetahuan korang gaji basic guru 1900.campur alaun bersih, jadi 2200....jumlah sebanyak tu hanya lekat celah gigi jer beb...cuba korang kira selepas ditolak pinjaman rumah, pinjaman ptptn, belanja dapur, duit minyak, sewa rumah, bil air dan letrik, belanja sekolah anak.itu belum lagi termasuk duit untuk holiday, belanja kawan (bagi yang lelaki, yang prempuan memang kedekut), emergency dan sewaktu dengannya....kalau boleh simpan rm 100 pun dah kira mujur. Tu baru life kat pinggir bandar. cuba korang tinggal kat bandar besar macam KL ke....silap haribulan merempat lah korang.kalau kat bandar besar,belanja dapur sahaja dah hampir 1000 sebulan (ambil kira taraf hidup semasa)...barang mahal beb...korang tak percaya kan.apa kata korang try stay kat KL seminggu.tengok macam mana korang survive.cakap saja tak guna beb kalau tak try sendiri.....aku berani cakap sebab aku dah try...merana......
Sebab apa ada lagi orang yang fikir, duit 2200 tu banyak?. sebabnya orang macam ni tinggal kat kampung jer.maklumlah life kampung, nasi lemak rm1, air tea-O 80 sen, nasi berlauk rm3 jer(tempat aku).malas lar nak cakap sebab korang pun dah tau kan.bukan setakat murah, kuantiti pun banyak, taste pun boleh tahan...sebab kos hidup diorang rendah lah, angka 2200 diorang nampak macam 22,000...kat KL nasi lemak kosong dah rm2.50 (depend pada kedai), yang lain korang fikirlah sendiri....Sekarang dah clear skit pasal gaji guru yang korang anggap tinggi tu....Kecuali guru yang bukak bisnes sendiri.tu pun kerana diorang terdesak sebab gaji tak cukup.orang macam ni baru boleh dikatakan berduit.tu pun diorang usaha sendiri bukan makan gaji.bukan senang nak bukak bisnes beb.ada 2 kemungkinan jer, sama ada korang untung atau gulung tikar.yang ni bergantung atas kepandaian korang uruskan bisnes.....manusia ni memang unik,bila keadaan terdesak, tahap pemikiran, pertimbangan tindak balas, keupayaan untuk hidup akan berubah selaras dengan perubahan hidup...asas nya,orang tak akan mencuri kalau keadaan tak memaksa (pencuri tak dikira)...
Berkaitan dengan cuti. betul ke cuti guru ni panjang.?..kalau 5 atau 10 tahun lepas memang ye dan aku tak nafikan...tapi sekarang tidak.bagi sesiapa yang ada famili yang kerja sebagai guru,mungkin faham keadaan ni...cuba korang perhatikan,cuti akhir tahun lama tapi kenapa guru masih lagi ke sekolah? pelik bukan....tak kira lah cuti awal tahun ke pertengahan ke atau akhir tahun, cuti tersebut bukan untuk guru tapi untuk pelajar...guru terpaksa ke sekolah untuk mesyuarat (esp akhir tahun), urus kemasukan pelajar baru, siapkan markah periksa, kemaskini data pelajar, uruskan biasiswa, rancang jadual belajar masa cuti, adakan kelas tambahan, terpaksa pergi kursus dan banyak lagi...semua ni diurus masa cuti.so kalau life macam ni korang masih lagi berfikir guru beruntung sebab cuti panjang, korang silap....guru dibayar gaji untuk mengajar sahaja bukan buat kerja perkeranian macam ni....oleh kerana guru ni baik, semua tu diterima tanpa bantahan...sebab guru ni pandai lah dia tak membantah.kalau bantah pun, tak ada siapa nak dengar....sebab kerja yang tak masuk akal ni lah, ada guru yang jadi gila. tak dapat lagi menahan tekanan kerja yang begitu hebat...
sebab tu tahap pendidikan negara kita sekarang ni semakin merosot...disamping mengajar terpaksa buat kerja diluar bidang tugas. so pelajar terabai, sebab pmp tak dapat nak fokus kepada pelajar.korang jangan salah kan guru dalam hal ni, salahkan sistem pendidikan negara yang hanya tahu menekan guru untuk dapat hasil pelajar yang belum tentu dapat memberi sumbangan pada negara dan belum tentu menghargai jasa guru....negara hanya nak lihat hasil, nasib guru tak di ambil tahu pun dan tak terbela.padahal guru lah yang sebenarnya memberi sumbangan yang paling besar terhadap kemajuan negara...kalau ada pemimpin kita yang kata nasib guru telah, akan dan sudah dibela, that's BULLSHIT...!...kalau betul lah nasib guru ni di bela, tak kan masih ada lagi quarter guru yang macam rumah berusia 50 tahun, tak ada pengawal keselamatan, rumput sama tinggi dengan pinggang, ada yang sampai ke paras dada, stay kat quarter pun bukan nya free macam polis, kena bayar beb, beban kerja bertambah tapi gaji tak naik pun, bajet untuk pendidikan di kurangkan, tak ada kelim perjalanan (mesyuarat), kertas ujian kena copy guna duit sendiri, aktiviti pelajar guna duit sendiri, anak guru tak dapat pinjaman buku teks (tak logik kan). Bukan main banyak sumbangan guru pada negara, anak guru tak terbela pun. cuba korang bandingkan dengan anak anggota polis ke, kastam ke, mara ke...jauh beza....yang jadi mangsa selalunya guru....macam ni ke nasib guru dibela???
Bila aku tanya orang yang bukan guru, diorang cakap kerja guru senang.pergi sekolah, mengajar, pukul satu balik rumah....aku cuma nak ingatkan je,kalau korang tak pernah pun jadi guru, korang tak layak nak judge keja guru ni senang....katakan korang kerja bawak lori. then aku cakap kerja tu senang. pagi2 bawak lori, just pusing stereng jer, petang balik dan tidur.mesti korang marah kan.sebab bila bawak lori, semua urat kat badan sakit.tak gitu...keadaan nya sama kan,semua kerja ada kesusahan nya masing2....di sekolah pun macam tu. terpaksa berdepan dengan kawan yang kuat dengki, tambah pulak dengan tugas yang tak pernah habis, tekanan dari pentadbir lagi, tekanan dari PPD, berdepan dengan pelajar yang perangai nya macam...... lagi, sukatan pelajaran yang terlalu banyak untuk dihabiskan dalam masa yang singkat dengan kerja yang bertimbun-timbun, mesyuarat lagi, terpaksa uruskan majis tahunan sekolah , terdedah dengan saman pelajar dan banyak lagi. tak larat aku nak type ni.....memang korang nampak mudah tapi hakikatnya jauh berbeza.badan dan otak, dua-dua kena terima tekanan yang memang manusia normal tak dapat nak terima....so korang masih lagi beranggapan kerja guru mudah? terpulanglah kat korang nak fikir macam mana....tapi cuba fikir secara matang....
Aku bagitau semua ni bukan sebab aku backup guru, aku pun bukan jenis yang suka complain, pun bukan sebab aku tak puas hati..cuma aku harap korang dapat ubah persepsi korang berkenaan guru, lebih hormat pada insan yang bernama guru. kalau difikir-fikir mana ada manusia yang lebih pentingkan anak orang lain daripada anak sendiri kan...kecuali guru, sanggup ajar anak orang lain wlaupun anak sendiri terabai...punyalah hebat pengorbanan guru, tapi tak ramai yang betul-betul menghargai....ada parent yang kata anak diorang memang pandai dari kecik lagi, bukan sebab guru yang ajar.nonsense kan....tu lah perangai orang yang bekerja....Aku tak berniat nak kutuk korang yang tak berkenaan just bagi pendapat berdasarkan pengalaman aku.jika ada yang terasa hati, sori r beb, tak sengaja.....Ok, Adios
No comments:
Post a Comment